Tuhan Aku Rindu..

salam dairi online milik Saliha Amin..   




 Banyak benda yang datang dan pergi dalam hidup saya.. tapi alhamdulillah saya redha selagi ada "teman sejati" yang selalu menyokong disaat saya jatuh tersungkur dan terasa asing di universiti ini. semalam setelah penat buat assgment..saya dan dia tonton filem 3.am( cerita hantu) seraam.. tapi best. lepas tu biasalah masa nak p tandas mulalah takot2..akhirnya berjemaah pegi tandas.. nak tergelak rasa.. kena tunggu sorang2 siap.. i'm still waiting 4 u..cewwiit gito! 



  sebelum zohor tadi "call" abah sebab saya rindu sangat pada suaranya Ya Allah..rasa kerinduaan pada ibubapa melebihi kerinduaan pada seorang kekasih.itulah kerinduaan yang membawa pahala.. Alhamdulillah Abah sihat2 sahaja.. tadi xdapat bercakap lama sebab abah tgah mengajar student2 nya.. tapi cukuplah sekadar panggilan saya mampu buat abah bahagia dan tersenyum..mungkin abah rasa dirinya dihargai.. Abahh... Rindu sgt. dalam solat angah doa untuk abah taw.. semoga urusan abah dipermudahkan dan abah dipanjangkan usia.. angah doa agar angah yang mati dulu sebelum abah sebab angah x nak terlalu sedih tanpa abah.:-(..  semoga rezki abah bertambah dan semoga abah selalu dilindungi selalu.Amin. 
*masa tgah menulis terbayang2 wajah abah..*




sekarang ni saya dup fakulti tgah siapkan asgment dengan kawan saya..cik Jannah Afirah.. Alhamdulillah research Essay da siap..malam ni lepas kelas bisnes nak pulun asgment lain plak.. tadi datang lambat kekelas bahasa arab..:-( masuk je kelas dengan selamba.. lepas kelas jumpa ustazah bersalam minta maaf. ustazah sulhah saya sayangkan ustazah,maaf sebab tlewat setengah jam..ustazah mungkin terasa kan? tapi serius saya xsengaja.. lastly ambik camera Canon n bergambar dengan ustazah..ramai2 datang serbu nk bergambar..utazah kiuut sangat bila pose "peace" n "gwiyomi".. May Allah bless U.





 tetiba  muncul satu lagu membuatkan aku berfikir sejenak..


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Cukuplaa sekadar CinTaMu,Ummi abah dan Kawan2
Saliha Amin






Cinta Akhi dan Ukhti..?


Fitnah Ukhti Barbie dan Akhi Ken

20130326-233431.jpg
Dara dan Sara? – Alternatif Barbie and Ken oleh Iran
“Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing”
Demikian ungkapan yang dikongsi.
‘Kata-kata hikmah’ yang terkini, disertai dengan ilustrasi.
Lama saya berfikir, sejauh manakah seriusnya hal ini. Penting sangatkah ia untuk disentuh, atau dalam bahasa yang lebih langsung, DITEGUR. Banyak isu lain yang lebih membimbangkan. Sejauh ozon berlubang, sekritikal isu Palestin dan Syria, sehangat isu Pilihanraya Umum yang tidak bersih, hinggalah kepada kenaikan harga yang membebankan pengguna semasa.
Berbaloikah untuk menjentik topik ini?
Saya mencubanya di Facebook. Dari Facebook ia datang, di Facebook juga ia perlu disuarakan.
PASCA CINTA ANTA ANTI
Dulu-dulu, sahabat saya Ustaz Maszlee Malik telah mencetuskan diskusi yang meluas di kalangan anak muda dengan artikelnya ‘Cinta Anta Anti’. Berkongsi nasihat dengan adik-adik yang berperibadi Islam, sebahagiannya aktif dengan kerja-kerja amal Islami, tetapi terperangkap dalam nafsu yang dibungkus dalam pakaian Islam. Seorang ‘akhi’ menghantar sms berisi ‘Tazkirah of the Day’ kepada seorang ‘ukhti’, dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh, yang dipisahkan oleh Syariat.
Sesekali sms atau miss call ditujukan pada jam 4:30 pagi, memberi friendly reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wudhu’ dan membawa muka itu sujud kepada Ilahi ketika dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.
Mereka terlupa bahawa mereka juga sedang bermimpi dan tidur dalam jaga.
Dalam pelukan ‘akhi Syaitan’!
Terkini, fitnah itu bukan lagi diungkapkan melalui sms, atau teks.
Ia diilustrasikan.
Ilustrasi yang sering kita temui melalui sentuhan artis-artis Korea seperti Lee Tae-Ho, tetapi membawa mesej ‘Islamik’. Sesungguhnya ilustrasi sebegini memberi kesan yang lebih merbahaya kepada anak muda terhadap fitnah Cinta Anta Anti. Jumlahnya semakin besar dan tersebar. Perkongsiannya semakin meluas. Biar pun saya tiada statistik untuk membuktikan implikasi fenomena ini, namun cukuplah dengan pemerhatian peribadi saya terhadap trend cinta semasa melalui pergaulan, jemputan-jemputan ceramah dan reaksi hadirin terhadapnya.
Mata kita memerhati bentuk poster program, bagaimanakah gelagat peserta sesama mereka sebelum ceramah bermula, ungkapan pengerusi majlis semasa memulakan program, serta perbandingan terhadap jumlah kehadiran di bawah tajuk Cinta dan tajuk non-Cinta, oleh penceramah yang sama serta penceramah yang berbeza.
Mungkin agak kasar, namun kesimpulan saya ialah: GEDIK.
bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. [KAMUS DEWAN EDISI 4 - VERSI ATAS TALIAN]
SUBLIMATION IN PSYCHOLOGY?
Saya tidak dapat menyetujui saranan pendapat bahawa fenomena ini mesti dilihat sebagai sesuatu yang positif, bersandarkan kepada teori sublimation in psychology yang dihuraikan oleh Sigmund Freud sebagai satu bentuk defense mechanism bagi menukar pelbagai bentuk ekspresi psikologi kepada sesuatu yang diterima sebagai bermanfaat oleh masyarakat. Ia jauh lebih berbahaya daripada kisah J. F. Dieffenbach yang memotong ekor anjingnya semasa kecil secara yang sadis, dan kemudian menjadi titik mula kepada Dieffenbach menjadi pakar bedah yang terkenal!
Teori Sublimation ini mesti diiringi dengan teori Tipu Daya Iblis yang dibentangkan secara terpeinci di dalam naskhah klasik Talbees Iblis oleh Abu Al-Faraj ibn al-Jawzi al-Baghdadi (meninggal dunia tahun 597H) betapa Syaitan secara licik menggunakan pendekatan bertahap untuk menyesatkan, bukan hanya orang biasa-biasa seperti kita, hatta para ulama. Bukan hanya secara mikro di peringkat individu, malah secara makro hingga membentuk kelompok Khawarij, Syiah Batiniyyah dan yang seumpama dengannya.
Kerana itu zina, dan sebarang objektif Syaitanik, mesti dikesan daripada langkah-langkah kecil menuju ke arah itu.
“Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi” [Al-An'aam 6: 151]
KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR
Teringat kita kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.
Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.
Cinta yang membingungkan.
Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PERCERAIAN.
Kes ini amat terpencil.
Namun dengan perceraian yang berlaku setiap 15 minit di dalam masyarakat kita, saya kira ‘belajar makna perkahwinan melalui perceraian’ mesti ditangani dengan serius.
PERKAHWINAN DAN MINDA SEDAR
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Kita bekerja keras untuk menimbulkan minda sedar itu.

Justeru saya perlu menyatakan bahawa, ilustrasi-ilustrasi cinta Islamik ini membinasakannya.
Oh, alternatifnya?
Perlukah ada alternatif?
Fitnah ini timbul bukankah kerana mahu ‘mengalternatifkan’ apa yang tidak perlu kepada alternatif?
Kita perlukan Ukhti Fatimah dan Akhi Ali.
Bukan Ukhti Barbie dan Akhi Ken!
HASRIZAL @ 43000 BSP



AlhamDuliLlah..Mps!Gudbye sem2.

 salam dan bersyukur masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk Bertaubat,

semalam berlangsungnya Mps..sebuah Majlis makan malam perdana bagi siswa dan siswi tahun 1 Usim..alhamdulillah semuanya berjalan dengan Lancar,, majlis ni dirasmikan oleh prof,dato dr hajjah mustafa(VVIP).. beliau sangat mesra..yang paling bermakna malam tu saya bertugas sebagai usher kepada beliau dan mengiringi beliau naik dan turun pentas..thank sbb bagi saya peluang ni,, Alhamdulillah satu pengalaman baru sebagai penutup Tahun 1.
hasil sentuhan ajk mps.
 alhamdulillah..  suasana melayu traditional dapat diterapkan.




 sebelum mps berlangsung... para ajk sibuk memberi komitmen masing2..



Mps..

 salam dairi.. saya berada dekat fakulti sekarang,,nk siapkan asgment yang bnyak.. nk guna b.band dah habis kuato..alahai.. jd saya dan roomate dangan berrbesar hati menuju ke fakulti.alhmdulillah wifi kt sini sangat lah..laju.hehe. dairi, semalam brlangsungnya Mps..teruja sangat dapat Layan vvip n dapat table tepi VVip n Vip..hehe. semua ajk dan jaksa2 kk1 sangat baik..ukhwah tu lebih terjalin jika kita bekerjasama dalam mncapai satu matlamat.. semalam jumpa kawan2..dorang sangat comel..:-)
semua bergaya..hehe. semalam juga dapat pegang mr.rabbit kpunyaan afif yang sangat jinak.. dapat pegang n peluk mcm kucing.. saya tnya afif mcmna arnab dia manje sangat? sdgkan arnab saya dekat umah sanggat agresiff..bila didukung..mulalah nak cakar. afif jawab.." bagilaa pasangan dekat arnab" opppsss!!!. lupa arnab dekat umah ader sekor je.. ,mungkin sebab tu kot agresif sangat..
 kenangan semalam..



  yang penting tu haa..dekat tengah ader mr.rabbit yg comell...



mr.rabbit boleh didukung macam" baby rabbit"

#guna Flash .. nampak sangat berminyak muka sy.. alamak!# ^_*


La TaHzan...

salam mahabbah dan salam ketabahan...

 hari ini aku diuji dengan perkara yang aku xpasti.. ya Allah.. sebagai sahabat dia hadir cuma seketika untuk bersamaku dan bila tiba masanya dia pergi begitu sahaja.. terasa diri ini sangat tidak berharga pada Matanya.. tapi saya tahu itu untuk kebaikan dalam persahabatn kami. :-)  saya xpasti kenapa saya sangat sedih kehilangannya..walhal saya baru mengenalinya..? Allah itu maha adil dan saya menerimanya dengan hati terbuka..Ya Allah berilah ketenangan pada saya menghadapi kehilanganya.. sesungguhnya bila airmata saya gugur,bukan bemakna saya kecewa tp saya sedar ujian dariMu adalah untuk mendidik  diri saya dan hati saya menjadi lebih kuat dan tabah dan saya pasti akan dapat hadapinya jika diuji lagi.inilah suntikan vitamin  hati yang sebenarnya.. sesungguhnya hati yang dinamai (qalbu) mudah berubah2..maka ubahlah hati saya dari mengingatinya dan berharap padanya kepada mengingatiMu dan hanya berharap padaMu.. sebagai kawan saya menghargai kehadiranya malah bagi saya dia seorang yang sangat baik.

 andai saya kawan yang membawa dia jauh dariMu maka jauhkanlah saya darinya sebab saya xmahu dia terus terleka 
dalam menyebarkan dakwahnya.
 menjadi pemimpin pada bangsanya 
,menjadi ketua pada anggotanya.
. sebab saya yakin dia layak untuk  bahagia 
serta tenang bersama zuhudnya kepimpinan itu.

Ya Allah jagalah hatiku hanya untukMu dan bila sampai Masany maka Labuhkan hati ini pada orang yang mencintai Mu. Bumi anbiya.. nun disana menanti kehadiran ku.. wasallam. luahan mencari ketenangan sambil mencari bahan untuk asgment "dakwah"
 kaedah dakwah am dan khas..?? macamane tu..kurang faham..  :-).

Jom Beli SoyCollagen.


Soy Collagen & Scrub Pemutih

assalamualaikum...

saya nak promote, soy collagen yang sangat-sangat disukai ramai. permintaan terhadap soy collagen ini sangat tinggi dikalangan remaja berusia 29 tahun ke bawah. maklumlah untuk dapatkan kulit badan dan muka yang cantik sebelum kahwin (kawan saya yang cakap). jadi, sesiapa yang nak order soy collagen dan scrub pemutih ini, boleh lah hubungi atau sms di talian O13-5O7645O. kepada sesiapa yang mahu menjadi agen, dialu-alukan. untuk pertanyaan lanjut, boleh email ke hazianaroni@ymail.com. saya juga pengguna soy collagen.

SOY PERISA COKLAT & SOY COLLAGEN ASLI
Nurbeautyline


1 kotak = 10 paket
(harga asal sekotak : RM 29.00)
*sesuai untuk lelaki/wanita yg berumur 29 thn ke bawah*

Harga Promosi Sekotak : RM 25.00
Harga Promosi 3 Kotak : RM 60.00

*tiada kos penghantaran*

Soy Collagen Nurbeautyline(Pek Promosi) mempunyai 2 perisa. Perisa Asli dan juga perisa Coklat. Sila sms perisa yang diingini ketika membuat pesanan (O13-5O7645O) Pek promosi soy collagen didatangkan dengan pek khas yang mengandungi 3 pek collagen dengan harga yang menarik. Soy Collagen merupakan minuman yang diformulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut,kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor merosakkan kulit anda.

KHASIAT SOY COLLAGEN NURBEAUTYLINE

->Menjadikan kulit yang sihat lebih muda, anjal, cerah dan sekata.
->Menjadikan kulit lebih cantik, tegang, lembut, halus, licin dan gebu.
->Melambatkan proses penuaan.
->Menyerlahkan kejelitaan luaran dan dalaman.
->Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
->Mengekalkan keremajaan kulit, wajah yang muda dan kulit yang sihat.
->Menghilangkan jerawat dan jeragat dari dalam

CARA MINUM SOY COLLAGEN NURBEAUTYLINE

->Masukkan satu sachet soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum terus untuk mendapat khasiat maksimum soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein.
->Saranan: Ambil 2 sachet sehari(sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum tidur)
Minima penggunaan 3 bulan untuk nampak result, jika diamalkan berterusan amat baik untuk kulit. Kandungan : 25g x 10 sachets x 3pek.

Scrub Pemutih Badan Collagen
Nurbeautyline


1 botol – 120 ml
(harga asal sebotol : RM 12.00)

*tiada kos penghantaran*

6 JENIS SCRUB PEMUTIH

->Perisa Susu
->Perisa Stawbery
->Perisa Herba Segar (Aloevera, Geranium dan lain-lain)
->Perisa Mint
->Perisa Soya
->Perisa Kunyit

 Kisah saya: Macamana saya boleh menggunakannya.,

 saya dan kawan saya pernah buat facial muka dekat sebuah pusat kecantikan,selepas treatment kulit muka saya berubah jadi merah2 dan berbintik2 merah(jerawat kecil2) malah kulit muka saya bengkak..kesan dripada treatment tersebut.. saya rasa sangat malu.. bila balik kelate ummi saya tegur apabila melihat perubahan pada kulit muka saya.. saya sanggat sedih.esoknya say keluar ke kedai "mustika Ratu P.puteh" saya terdetik untuk membeli soy collagen dengan harapan kulit saya akan pulih..saya hanya bertawakal..alhamdulillah seminggu da memberi kesan..kulit saya kembali kepada asal..tiada masalah lagi. sekembalinya saya ke usim saya promote produk ni kepada kawan saya kerana muka dia mengalami kemerahan2 akibat menggunakan produk kecantikan(rahsia) selepas seminggu dia mcuba..alhamdulillah berkesan! saya mengambil keputusan untuk menjadi dealer bagi produk ni..dan alhamdulillah sambutan sangat bagus dikalangan rakan2 saya..malah ada yang menjadi pengguna setia.. segalanya milik ALLAH.. saya hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan..wsalam. 

This is Me..

^_^ This Is Me  ::-)

I've always been the kind of girl
That hid my face
So afraid to tell the world
What I've got to say
But I have this dream
Right inside of me
I'm gonna let it show, it's time
To let you know
To let you know..:-)

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in..^-^
No more hiding who I want to be
This is me..

Do you know what it's like
To feel so in the dark
To dream about a life
Where you're the shining star
Even though it seems
Like it's too far away
I have to believe in myself
It's the only way


You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
I need to find you, I gotta find you
You're the missing piece I need
The song inside of me
I need to find you, I gotta find you

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me..

You're the missing piece I need
The song inside of me (this is me)
You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me..^_^


CaTaTan Hari ini..

Selamat Pagi..hari ni xder class,malam nanti baru ada.. bangun pagi tadi rasa xenak badan.. bersiap n pergi jumpa doktor.. Alhamdulillah dapat la "cuti sakit" hihi.. ni yang semua orang nak kan..cuti?? Doktor nasihatkan jangan makan benda pedas,benda gatal, dan benda berminyak..semua nasihat dr ada kaitan dengan saya.saya alahan pada sotong dan udang..hatta budu sekalipom..kadang2 saya makan jugak but lepastu akibatnya terkesan pada kulit saya..redha jer ^_^.. pasal benda pedas plak..saya memang suka sangat pedas2 walaupun saya sendiri mempunyai "gastrik" dan selalu sakit setiap kali makan benda yang terlalu pedas.. tiba2 teringat abah..abah memang marah bila saya makan benda pedas..tapi saya degil.. asiiff Abah.. kalo "turn" saya masak dekat umah ofcos cili mesti dimasukkan dalam setiap makanan.. bagi saya makanan tu xsedap tanpa ada rasa pedas2..hehe
  
semalam xdapat tido sebab badan xselesa..saya nk study but mata tetiba berair jer bila mghadap buku..aiiisshhh.manja sungguh mata ni, jadinya saya hnya berehat atas katil dan wechat dengan kawan2..seronok sebenarnya wechat..rasa macam sangat dekat dengan seseorang.. semalam saya lelapkan mata agak lewat lepastu tersedar.. kenapa saya mudah sangat tersedar pada sekitar jam 3pagi..?? dan susah nak lelapkan mata..? mimpi ngeri kadang2 menghantui..buat saya takot nak tido balik.. rasa macam diancam jer dalam tidor.. ni 1 kisah saya..sebelum saya sakit dan pening kepala  selama seminggu rasanya.

Imbas kembali...

 Malam tu selepas habis membaca Surah Taha.. saya baringkan kepala atas bantal..ready nak tido.. awal sangat malam tu saya tido.. dalam tido saya dapat rasakan badan saya mengeletar dan seakan iman saya sedang melawan sesuatu yang saya tidak pasti.ya ALLAH..hati saya sedang berzikir dan jiwa saya sedang membaca ayat kursi serentak..dada saya rasa berdebar2.nak bukak mata sangat mustahil tapi Demi Allah saya rasakan perasaan itu..tangan saya rasa terkunci dan seakan dipegang dari belakang.. saya gagahkan iman dengan terus membaca ayat kursi dan zikir.. perkara tu berlaku dalam 20 minit rasanya. semasa  perkara ni terjadi..saya dapat rasakan diri saya seakan sengal2..dan berdesing2 daripada bawah ke bahagian kepala.. apakah ini salah satu permainan mimpi ya Allah..??  selepas bertarung dengan keadaan macam tu..saya akhirnya dapat membuka mata..tapi hati saya terus dengan zikir..seakan2 xnak melepaskan alunan zikir yang bergema dalam hati..  saya lihat Roomate saya semuanya nyenyak dibuai mimpi.. saya pejamkan mata sambil membaca surah 3 qul dan ayat kursi serta beberapa ayat mathurat yang saya hafal.. ya Allah apakah ujian ini?? esoknya saya kol dan cerita dekat umi..ummi terus bagitahu abah..abah cakap dia dah solat hajat mohon keselamatan anaknya.. selepas mimpi tu saya jtuh sakit, sakit kepala, sakit mulut sampaikan nak makan rasa macam susah..  alhamdulillah sekarang da ok.. peristiwa ni berlaku dalam 2bulan lepas..saat saya cuba bangkit mencari identiti saya.. mencari tarbiah untuk diri saya.. di bumi Usim. Suasana usim tidak dinafikan sangat islamic tapi xsemua student yang mengikut cara islamic itu dengan betul..ramai yang mengambil separuh2 sahaja..mereka mengambil "part" yang dirasakan sesuai dengan mereka..  usrah dekat sini hanya hidup dikalangan pelajar berjawatan sahaja(pendapat saya)..  saya rasa pelajar yang xaktif bagaikan tidak berpeluang untuk mengikuti usrah..kerana mereka tidak mendapat info tentang tu..kat mana usrah dibuat? siapa yang buat? akak dan abg senior mana yang handlekan? kat sini memang banyak program2 ilmiah yang dibuat dalam dewan besar dkp1,dkp2,dkp3.. saya rasa dalam keadaan macamtu diri saya kurang dekat dengan penceramah jemputan sebab saya hanya mendengar ape yang dia sampaikan tanpa ada ikatan mahabbah yang lebih erat. mana para da'i di bumi usim..?? saya sangat perlukan bimbingan dari akak2 senior yang hebat untuk didik saya.. kekuatan hati ini perlu dicas setiap hari.. jika saya biarkan hati saya tidak dicas saya khuatir saya akan kembali jadi seperti dulu.. tertipu dalam suasana yang saya rasakan islamic padahal suasana itu akan mengheret saya sedikit demi sedikit ke permulaan dosa.. saya xnak kenangan sem 1 berulang lagi..saya xnak wujudnya percintaan tanpa ikatan yang sah..meskipun susah nak halang..saya akan pastikan ia akan hilang sedikit demi sedikit.. Ya Allah..!


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " 
(Surah Ar-Rad ayat 11)


saliha Amin.. ^_^ Wanita Solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR Muslim)

HaRi ini Sangat ISteMewa..

 salam mahabbah dan selamat mencatat lagi saliha Amin...

assiiif Abah,kesibukan buat angah lupa hari ini "BesDay abah",nasib baik kakak tolong ingatkan kalo tidak tentu angah da lupa dan ketinggalan untuk wish besday abah..then,abah mesti sedih sebab angah anak yang paling manja dengan abah.. bila merajuk abah sgup pujuk sampai peluk2 angah..
Rindu saat tu..angah rasa nak merajuk selalu jer agar abah pujuk..tapi kadang2 abah juga sangat tegas dan marah angah jika angah buat silap.. :-) satu perkara yang buat angah terharu abah selalu membela angah dan selalu percayakan angah.
 Tadi Angah kol Abah.."abah, angah demam..hepy besday abah,maaf lambat ucap" 

Abah balas " da makan ubat,errm xper.. abah xsambut pom besday,umi(mak tiri) just goreng mee n sedikit makanan jer.. kalo angah ada abah dah beli kek dah sebab angah xder so xpyah laa kek tu.." 
  
Abah..demi ALLAH.. hati anak ini sangat terharu dan sebak.. abah angah xpernah beli kek untuk abah..tp masa besday angah abah beli kek untuk angah dan kita sambut dekat umah umi (umi kandung)di pasir puteh sama2.. terharu sanggat.. umi selalu panggil angah "anak bapak" depan abah.. abah tersenyum jer.. abah.. selamat hari lahir.. semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan abah kat Mekah nanti yer.. sayang abah. angah akan cuba jadi anak yang terbaik.. mungkin coretan angah kat sini abah xdapat baca tapi sekurang2nya coretan hati angah akan terus berada kat sini sehinggalah angah mati..:-)

#coretan sayang angah buat ABAH, harap 1day abah akan terjumpa Blog angah dan baca aper yang angah tulis buat abah.. angah sayang abah dan akan cuba jadi anak yang buat abah Bangga#




apa yang saya dapat hari ini..???

Demam selsema masih lagi xhilang, pagi tadi kuliah Dakwah dibatalkan walhal saya da niat xnak pegi kuliah dakwah sebab xlarat(demam)..mungkin allah menolong saya waktu tu..Alhamdulillah kelas dibatalkan jadi kehadiran dalam e-hadir tidak akan dicatatkan.. sistem kat sini, jika saya tinggal kuliah@tutor selama 3hari tanpa alasan atau mc maka e-hadir saya akan merah bermaksud saya akan dihalang daripada mengambil final exam untuk subjek tersebut.. so dangerous kan??? tutor leadership pom dibatalkan juga tadi..dr,rahim sibuk kot.. mungkin! saya dan jannah tetap pegi fakulti tadi untuk hantar scrup collagen dekat akak di pusat kecantikan pelajar(pkp usim) lepas dah hantar pi settle kan report ict n print out n submit..alhamdulillah..selesai satu bebanan kerja difikiran nim..hik3.  

Hari ini saya dan jannah sama2 pakai baju kaler biru..dekat usim ni da beberapa orang cakap saya dan dia macam kembar?but bagi saya jannah lagi cantik dan baik dari saya.. jannah awak sahabat saya ilal jananh kat usim ni..saya bersyukur ditemukan dengan awak dan mendengar tarbiah dari awak sampai nangis2 dekat foyer fkp.. sweet memori tu..awak juga bantu saya untuk melupakan seseorang yang mungkin akan merubah hidup saya dari jalan ALLAH ini..

 

"Sahabat sejati itu ibarat tembok, kau bisa bersandar dengan tembok itu, pun juga kau bisa menuliskan seluruh isi hatimu disana."
  
saya dan awk pergi library sama2..tadi saya xdpt tolong awak ajarkan kerja ict.maaf sngat wak.. sebab saya tgah fokus cari bahan untuk pembentangan tokoh saya "sultan brunei" iaitu sultan hassanal Bolkiah untuk present neexweek.. dekat library tadi berborak dengan k.yan dia cerita pasal dq(darul quran) k.yan ajak saya ikot dia pegi konvo darul quran bulan 6 or 7 macamtu laa..saya sangat berbesar hati sebab xpernah jejakkan kaki ke darul quran lagi ni.. jam 2.00 p.m kelas bahasa arab dibuat di library usim but ustazah xmengajar sebab ustazah kena jadi juri pertandingan "kalami jama'i" antara fakulti..kehadiran kami diambil kat sana. pertandingan tadi kelas baa1 merupakan wakil fakulti saya " fakulti kepimpinan & pengurusan" alhmadulillah mantap persembahan mereka..tahniah untuk mereka. 
fakulti quran sunnah
fakulti kpimpinan&pgurusan
  
fakulti syariah undang2
 saya xsempat tengok habis pertandingan ini dan saya pom belum tahu siapa juaranya..saya harap fkp dapat tempat dalam pertandingan itu..Ya Allah maqbulkanlah.. tadi sebelum balik ke asrama saya temankan kak.Asmahani  pegi ppki..kak.A kena settlekan kertas keja koko dia..serius ni kali pertama saya masuk ke pejabat ppki..dan layananya sungguh baik berbeza dengan staf fakulti..hee3. sem 1 saya ambik koko "kelab golf usim" dan saya hnya pernah siapkan kertas keja  final project golf jer tapi urusan ke ppki semua ketua yang handlekan.. jadi saya xtahu kat mana tmpatnya sehinggalah tadi..alhmdulillah satu ilmu saya dah dapat. thank akak Asmahani coz ajak saya temankan akak...:-) k la dairi saya noktahkan dulu perjalanan hidup saya bertarikh 14/5/2012.. suasana dekat asrama mendung menandakan malam ni akan hujan.. minta sangat jangan lebat,sebab saya ader kuliah bisnes... kadang2 bila nak balik bus xder jadi kena jalan kaki..andaikan hujan mesti  selsema saya ni susah lak nk hilang.. ujian ALLAH sangat indah..

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?” (Al-Baqarah: 214)
Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “(Ujian yang akan datang adalah) berbagai penyakit, sakit, musibah, dan cobaan-cobaan lainnya.”






BeraPa baNyak sAbar saya..???

salam buat diri saya sendiri..

Saya baru je habis kelas English.. dalam kelas tadi sempat berborak dengan k.lin bertanyakan kerja dan assgment yang harus dibuat,dan  dihantar pada minggu ini. termenung seketika..banyaknya! saya kena dahulukan report bisness,bisnes plan,asgment group dakwah..sebab semua benda ni kena hantar 20/5/2013 sempat kah???
minggu ini banyak sangat keje nak kena settlekan.. research essay tinggal lagi 4 pages kena buat.Final exam awal bulan 6, masa study dihabiskan dengan meeting dan siapkan assgment yang berlambak2..ari rabu plak ader test bi  :-(
 i'm so bussyy.  .:-). weekend ni ada "kem smart solat"  untuk adik2..kalo ikut hati memang rasa nk sangat tarik diri tapi bila saya fikir......
 "orang lain lagi banyak keje tapi mereka boleh jer bagi komitmen untuk program dakwah macamni.. xkan saya xboleh korbankan masa saya?" 

 jadi weekend saya full dah minggu ni.. saya kena ambil peluang dan kurangkan berfacebook demi menyiapkan kerja2 yang kena settelkan! 

p/s: To ummi dan abah..sorri anak manja kalian ini xpegi kelas b.arab dan ict pagi tadi pukul 8-11 a.m sebab xsihat..tengah selsema lagi ni..dan tengah sakit perut(periodpain)

"Wahai,semangat kerajinan.. masuklah dalam diri ini..dengan izin Allah" 

Ooppss..lupa nak catat.semalam program saya dengan anak yatim Baitul Mahabbah berjalan dengan lancar walaupun kekurangan ahli yang ikot, nak imbau kembali perjalanan hidup saya semalam bertarikh 12/5/2013
pagi itu saya bersiap awal dan jam 6.40 a.m saya berjalan ke bus stop dan bus pom da ader tgah tggu kami sebenarnya,pakcik bus tu datang awal n punctual sangat sebab dalam kertas kerja tercatat 6.30 pagi.. saya xsalahkan pokcik bus jika dia marah sebab kelewatan ahli2 kami.. kami sememangnya bersalah lebih2 lagi pelajar lelaki yang lambat..alasan mereka semalam mereka tido lewat siapkan asgment :-). pagi tu pokcik bus tu memang dah nampak fed up sangat tggu ahli2 kpy ni.. pompuan dah settle cuma lelaki jer. saya ni lagilah risau sebab pengarah program tu lelaki..batang hidung dia pom xnampak.. saya kol xangkat. msg xbalas.. Tuhan jer yang tahu..mana mungkin program berjalan tanpa pengarah dan tanpa diwakili oleh kaum lelaki. Jam 7.15 baru ader respon dari pengarah..dia cakap dia baru bngun n nak bersiap.. 4minit katanya..alhamdulillah! yang jadi masalah pulak p,cik bus ni dah xnak tggu.. saya pom slow talk dengan pokcik bus..minta dia tggu sekejap jer.. akhirnya 7.30 muncullah pengarah pgram depan pintu bus sambil tersenyum.. yes! lega..pengarah daah ader.. akhirnya bus pom bertolak ker rumah anak yatim diseremban.
apa yang lucunya nampak sangat ketidak puasan hati p,cik bus terhadap pengarah pgram mr.Aizat dan kawanya Azizuddin yang lambat then,pandai lak p,cik tu berbahas english "be punctual la len kali"
then, ..pokcik bus tu perli mereka depan saya " buat muka xbersalah jer dorang ni kan" issh dengan keluhan ketidakpuasan hati+gaya sekali..hehe hati kecil saya rasa nk tergelak.. sabarlah p,cik dorang mungkin xsengaja sebab penat.. mujurlah masa p,cik tu perli dua orang laki ni xder..turun uruskan budak2.kalo x msti dorang sedeeyy..
sepanjang pgram best sangat.. sebab anak2 yatim ni sgt mendengar kata.dorang ni diajar memakai sarung kaki jika hendak keluar jalan2.nampak! disitu nilai penjagaan aurat telah pom diterapkan dalam diri mereka. mereka juga sgt comel..sejuk mata memandang..tetiba jer naluri keibuan ini muncul.. "saya ingin peluk kamu si kecilku yang comel"..sejuk mata memandang mereka.. saya bayangkan jika saya ditempat mereka mcmner laa agaknya situasi? mampu ke sy berdikari seperti mereka..? ya mereka lah anak2 yang disayangi nabi kita.. mereka anak2 yang istimewa didunia.jom menderma untuk anak2 yatim "baitul Mahabbah di Seremban"

Dalam hadis yang lain baginda s.a.w. bersabda "Sebaik-baik rumah tangga muslim ialah yang di dalamnya ada anak yatim yang dilayani dengan baik" (H.R. Ibnu Majah)  

 


Dan hadits dari Abu Umamah yang berbunyi :

عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمة لم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن إلى يتيمة أو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد )

Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim laki-laki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan  tangannya itu terdapat banyak kebaikan, dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disurga seperti ini, beliau mensejajarkan dua jari-nya.

 
anak2 yang solehah idaman ummi"saliha"






 so far..semua berjalan dengan baik,dalam perjalanan pulang..berhenti di ayer keroh melaka untuk makan.. saya xlalu nk makan nasi jadi saya xmau turun bus..lagipom k.mashitah tgah deman kalo saya turun mesti dia keseorangan dengan p,cik bas..bahaya tu. p,cik bus datang berborak dengan saya dan bertanyakan kak mashitah.. urrm semua ok! pastu azizuddin datang dan tanya nape x turun.. saya cakap xnk makan nasi n k.mashitah tgah xsihat.dia nampak sgt bertanggungjawab..dia ckp nak tolong belikan panadol  5minit dia datang bersama panadol n muka dia npok cam risau..dia bertegas mintak kami berdua turun dari bus n pegi tempat anak2 yatim sedang makan disebelah sana yang agk tlindung dengan bangunan.. saya cakap xnak sbb akak sedang xsihat mana mungkin saya turun dan tinggalkan akak M je. dia pom ambik keputusan untuk stay dalam bus dengan saya dan kak M. pastu pakcik bus tu datng lg usher2..tnya saya beli ape dan sbgainya,,pokcik tu nampak saya beli patung harimau..ader ker patut dio bergurau xnak makan ker ptung harimau tu??heheh.. azizuddin hanya memerhati..dari seat depan.
 
sesampainya di Asrama saya still pelik dengan tindakan dia tadi..akhirnya tjawab bila pgarah pgram cerita..semasa azizuddin p beli panadol dia terdengar bunyi pelik n nampak pokcik bus tutup pintu bus..dia dengan segera menuju ke arah kami sebb takot berlaku pape.dia tetap husnuzoon but "manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain2".. saya tahu itu. Azizuddin bimbang takot terjadi pape pada kami.. dia snggup xpegi makan sebab nak stay dengan kami dalam bus sambil memerhatikan p,cik bas..yang saya perasan p,cik bus tu dah xdatang dekat seat kami dibahagian belakang.. yer disitu saya sgt terharu dengan sifat "tanggungjawab meraka" saya bersyukur sbb mereka sempat join walaupun dtg agak lambat.. paper pom.. komitmen mereka untuk pgram mcm ni sgt tggi..saya bersyukur sbb ader "teamwork persatuan" seperti mereka dan yang lain2..
aper2 yang berlaku..kepenatan yang hadir..saya harus hadapai dengan penuh sabar.. yang paling kena sabar ialah "sabar melawan nafsu Malas.."

alhamdulillah semoga segala urusan hidup dipermudahkan until ke jannah yer "Saliha Amin"
ingat "sabar itu indah,sabar itu ubat kepada segala masalah hati"
#bila bersendirian..cuba tanya HATI berapa banyak saya bersabar..?#


saYa perLu BerTanggungjaWab..

Dulu masa sem 1, saya sangat tidak aktif di universiti saya lebih suka study dan buat kerja sendiri aje.. patut la aktiviti yang direkodkan dalam sistem  e-student saya hanya 1 jer(kelab penyanyang) tanpa pegang apa-apa jawatan..:-(. sem 1 dalam hidup saya berlalu begitu sahaja..selepas saya mengikuti kursus protokol anjuran seorang jaksa..akhirnya saya diserapkan dalam group protokol kat usim.. maka bermulalah kehidupan aktif di universiti.saya memilih untuk menjadi aktif setelah saya kecewa dengan seorang kawan dan untuk menghilangkan kecewa saya perlu bangkit dan fokus serta penuhi hari-hari saya dengan aktiviti,program,serta majlis ilmiah..maka,jadilah saya seorang yang suka mengambil peluang menyertai majlis ilmiah,persatuan,kelab untuk memantapkan diri dan bangkit dari kecewa.. Allah! telah makbulkan doa saya..saya pernah berdoa sebelum masuk university saya ingin menjadi pelajar yang aktif disana..maka doa saya termakbul pada sem 2 di universiti. mulanya seronok berpersatuan dan ada tanggungjawab lebih2 lagi berpartner dengan kawan baik 1kelas..rasa nikmat hidup sebab dapat bagi idea dan sumbangan. satu kata2 yang sering diucapkan partner saya
 "jika kita mudahkan urusan orang maka ALLAH akan mudahkan urusan kita"..

CABARANYA..
sem 2 banyak sangat assgment berbanding dengan sem 1, saya dah kena buat research sendiri untuk markah final jadi research tu kenal buat betul2 demi nk score 'A" sebab untuk subjek tu xder final exam..markah research tu dah dikira markah final. dalam nk buat dan fokus pada pelajaran saya dihujani dengan tugas2..persatuan.esok program ke zoo melaka bersama anak yatim.. saya kena uruskan pengangkutan.. first buat urusan menggunakan my.Arif untuk tempahan bus dan sebagainya..paling pening kena follow up but jawapan tetap sama.. last minit baru konfirm bus dapat ke x.. alhmdulilah bus dapat..:-) satu tanggungjawab dah terlaksana.. program seterusnya kem smart solat dibawah jaksa KK1.. yang tu saya masih lg blurr dengan unit logistik. akan datang program jaulah penyayang bersama pelajar maahad tahfiz pahang dan pelajar imtiaz..dorang ni pelajar yang bijak so kena ready dan bnyak ilmu.saya kena uruskan perbelanjaan.. nasib baik pernah belajar subjek akaun masa sekolah dulu. kelab Unesco usim belum lagi tunjukkan belang program dan keaktifanya..kalo dah tunjuk alamaknya saya makin bnyak tnggungjawab dan perlukan bnyak masa untuk persatuan lebih-lebih lagi meeting..kadang2 sampai pukul 12 malam..Tanggungjawab tu belum lagi diselesaikan.. kalau kita mintak dengan Allah allah pasti akan tunai permintaan kita.. cuma masanya adalah "Rahsia"


Majlis Makan Malam Perdana siswa/i saya unit Jemputan..kesian dekat
 partner saya dia yang banyak handle semua surat menyurat untuk canselor dan dekan-dekan fakulti.saya tolong sikit jer..rasa cam saya kurang bertanggungjawab..mujurlah partner saya tu faham keadaan saya. majlis akan berlangsung 18/5/2013. masa hari kejadian saya kena jadi usherer..mulalah terfikir nak melaram..sampaikan saya sering diusik sebab sangup beli baju
ALLAH memudahkan urusanku..
beratus ringgit..jika saya fikirkan balik mungkin itu satu pembaziran tapi serius saya cakap saya memang sukakan design baju tu dan sangat sesuai untuk tema "melayu tradisional".. saya xnak kalahkan baju nc cuma just nak cantik-cantik sedikit aje.. :-)

saya perlu bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan tidak kira lah benda tu besar ke kecik ker..yang pasti benda tu berkait dengan diri saya..esok saya akan bersama anak2 yatim baitul mahabbah untuk satu program lawatan.. saya akan jaga mereka baik2 dan pastikan mereka gembira dan sayang saya macam saya sayang mereka.targett ikhlas yang tersimpan!..

Ok lah my Dear Dairy.. sampai disini saja saya bercerita..insyaallah saya akan sambung lagi. ingat "saliha Amin" jaga hati jaga solat dan jangan nakal-nakal.

ayat ni yang saya sering gunakan di Akhir mesej dengan rakan-rakan saya.
.sekarang saya gunakan ayat ni untuk diri saya sendiri..
 t

saYa bukan Mencari Yang sempurNa.

Saya sedar tiada yang sempurna dalam dunia ni.. tiada lelaki sebaik Nabi Muhammad s.a.w dan tiada wanita sehebat Rabiatul Adawiyyah.itu hakikat yang saya sangat sedar dan sentiasa menyedarinya.saya bukan mencari yang sempurna untuk menemani perjalanan saya tapi cukuplah yang mampu membawa saya ke JANNAH. saya tidak meminta jodoh saya sehandsome lee min ho, tapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang.saya juga tidak mendambakan jodoh sehebat khalifah-khalifah di zaman nabi, tapi cukuplah sekadar mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dalam diri untuk memperjuangkan DAKWAH..kerana saya juga ingin menemaninya untuk sama2 menyebarkan dakwah ALLAH..saya bukan mencari lelaki yang sempurna sebagai jodoh kerana saya juga tidak sempurna tapi saya akan cuba untuk menjadi pelengkap hidupnya.

saya bukanlah insan yang hebat tapi saya cuba untuk menjadi hebat dimata keluarga saya kerana saya mahu mereka sedar bahawa saya boleh menjadi puteri solehah yang akan membuat mereka bangga..kerana  saya sangat mendambakan SYURGA dari mereka.
 saya sedar cinta hanyalah ujian bagi saya,semakin saya ingin kearahMu semakin saya diuji,,dan bila airmata saya gugur itu bukanlah tanda putus asa dan kecewa tapi sebaliknya saya bangga sebab diberi peluang untuk merasai pengalaman. airmata bukanlah tanda kekecewaan tapi sebenarnya ia tanda hati saya masih lagi boleh ditarbiah dan dibimbing untuk terus bertasbih kepadaMu yang Maha Mengetahui.



"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)
 
*saya bukan mencari yang sempurna tetapi saya mencari yang soleh kerana aura kesolehan itu manpu menjadikan saya "puteri solehah" didunia ini.*