saYa perLu BerTanggungjaWab..

Dulu masa sem 1, saya sangat tidak aktif di universiti saya lebih suka study dan buat kerja sendiri aje.. patut la aktiviti yang direkodkan dalam sistem  e-student saya hanya 1 jer(kelab penyanyang) tanpa pegang apa-apa jawatan..:-(. sem 1 dalam hidup saya berlalu begitu sahaja..selepas saya mengikuti kursus protokol anjuran seorang jaksa..akhirnya saya diserapkan dalam group protokol kat usim.. maka bermulalah kehidupan aktif di universiti.saya memilih untuk menjadi aktif setelah saya kecewa dengan seorang kawan dan untuk menghilangkan kecewa saya perlu bangkit dan fokus serta penuhi hari-hari saya dengan aktiviti,program,serta majlis ilmiah..maka,jadilah saya seorang yang suka mengambil peluang menyertai majlis ilmiah,persatuan,kelab untuk memantapkan diri dan bangkit dari kecewa.. Allah! telah makbulkan doa saya..saya pernah berdoa sebelum masuk university saya ingin menjadi pelajar yang aktif disana..maka doa saya termakbul pada sem 2 di universiti. mulanya seronok berpersatuan dan ada tanggungjawab lebih2 lagi berpartner dengan kawan baik 1kelas..rasa nikmat hidup sebab dapat bagi idea dan sumbangan. satu kata2 yang sering diucapkan partner saya
 "jika kita mudahkan urusan orang maka ALLAH akan mudahkan urusan kita"..

CABARANYA..
sem 2 banyak sangat assgment berbanding dengan sem 1, saya dah kena buat research sendiri untuk markah final jadi research tu kenal buat betul2 demi nk score 'A" sebab untuk subjek tu xder final exam..markah research tu dah dikira markah final. dalam nk buat dan fokus pada pelajaran saya dihujani dengan tugas2..persatuan.esok program ke zoo melaka bersama anak yatim.. saya kena uruskan pengangkutan.. first buat urusan menggunakan my.Arif untuk tempahan bus dan sebagainya..paling pening kena follow up but jawapan tetap sama.. last minit baru konfirm bus dapat ke x.. alhmdulilah bus dapat..:-) satu tanggungjawab dah terlaksana.. program seterusnya kem smart solat dibawah jaksa KK1.. yang tu saya masih lg blurr dengan unit logistik. akan datang program jaulah penyayang bersama pelajar maahad tahfiz pahang dan pelajar imtiaz..dorang ni pelajar yang bijak so kena ready dan bnyak ilmu.saya kena uruskan perbelanjaan.. nasib baik pernah belajar subjek akaun masa sekolah dulu. kelab Unesco usim belum lagi tunjukkan belang program dan keaktifanya..kalo dah tunjuk alamaknya saya makin bnyak tnggungjawab dan perlukan bnyak masa untuk persatuan lebih-lebih lagi meeting..kadang2 sampai pukul 12 malam..Tanggungjawab tu belum lagi diselesaikan.. kalau kita mintak dengan Allah allah pasti akan tunai permintaan kita.. cuma masanya adalah "Rahsia"


Majlis Makan Malam Perdana siswa/i saya unit Jemputan..kesian dekat
 partner saya dia yang banyak handle semua surat menyurat untuk canselor dan dekan-dekan fakulti.saya tolong sikit jer..rasa cam saya kurang bertanggungjawab..mujurlah partner saya tu faham keadaan saya. majlis akan berlangsung 18/5/2013. masa hari kejadian saya kena jadi usherer..mulalah terfikir nak melaram..sampaikan saya sering diusik sebab sangup beli baju
ALLAH memudahkan urusanku..
beratus ringgit..jika saya fikirkan balik mungkin itu satu pembaziran tapi serius saya cakap saya memang sukakan design baju tu dan sangat sesuai untuk tema "melayu tradisional".. saya xnak kalahkan baju nc cuma just nak cantik-cantik sedikit aje.. :-)

saya perlu bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan tidak kira lah benda tu besar ke kecik ker..yang pasti benda tu berkait dengan diri saya..esok saya akan bersama anak2 yatim baitul mahabbah untuk satu program lawatan.. saya akan jaga mereka baik2 dan pastikan mereka gembira dan sayang saya macam saya sayang mereka.targett ikhlas yang tersimpan!..

Ok lah my Dear Dairy.. sampai disini saja saya bercerita..insyaallah saya akan sambung lagi. ingat "saliha Amin" jaga hati jaga solat dan jangan nakal-nakal.

ayat ni yang saya sering gunakan di Akhir mesej dengan rakan-rakan saya.
.sekarang saya gunakan ayat ni untuk diri saya sendiri..
 t

0 comments:

Post a Comment