Bismillahirahhmanirahim..
Semester baru telah bermula..maka kesibukan as seorang pelajar telah mula mewarnai hari2 saya,sampaikan lupa nk update blog pink ni..hehe.,asiifff! MAlam ni saya akan bertolak ke kota tinggi johor untuk program road tour..semoga ibrah kali ini akan menjadikan saya lebih matang dalam melihat budaya orang lain,mempelajari soft skill secara praktikalnya.amin
Alhamdulillah kehidupan di Bumi tarbiyyah ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan memaafkan.. smile to da world(trademark baru)
dalam hidup ini jika kita hanya mencari kesalahan orang..kita xakan bahagia :-) maka cubalah berlapang dada dan menerima setiap ujian itu sebagai satu pengajaran dalam hidup bak kata orang "asam garam" dalam kehidupan..tanpa pengalaman kita tidak akan dapat pengajaran.betul x? contohnya,kawan kita seorang yang suka meminjam..mungkin pakaian kita,peralatan kita yang lebih parah lagi duit kita.saya ambil contoh dekat sini,kawan yang suka meminjam pakaian.pakaian yang dipinjam dalam tempoh yang agak lama.. 2 bulan to 3 bulan.mungkin masa tu anda da mula terfikir bagaimana laa keadaan baju anda itu,tetiba anda lihat baju itu sudah agak lusuh berbanding sebelum dipinjam..saya agak mesti perasaan anda sangat sedih kan?? maka cubalah berlapang dada dan maafkanlah dia agar hati anda menjadi tenang.. lupakan yang anda pernah memiliki baju itu,anggap ia bukan milik anda sebenarnya dan ia cuma dipinjamkan sahaja kepada Anda.perkara ini juga pernah berlaku pada saya.. namun saya tidak akn salahkan sesiapa kerana Dakwah dan tarbiyyah itu lebih bernilai dari harga sepasang baju..ukhwah yang ada dalam majlis itu harus dipelihara oleh kedua2 belah pihak agar aman dari masalah kan..?? sekadar pandangan..ibrahnya disini, berkongsi nikmat pemberian Allah untuk menyucikan hati dari Riak kesenangan :-)
dont worry if u lose something..ni saya selitkan Doa Untuk Murahkan Rezeki
Hud ayat 6: Doa Murah Rezeki
"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6
Surah Hud Ayat 6
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
yakinlah pada Allah, sesungguhnya saliha Amin.. awak kena ingat rezeki yang Allah kurniakan sejak Lahir,remaja,dewasa dan tua sangat banyak sehingga tidak terhitung nilainya.Rezeki itu sentiasa bersama walaupun disaat tidur sedang membuat dosa padaNya or so on, namun Dia masih lagi memberi rezeki disisi kita..bertapa BAiknya Allah kepada kita esp u saliha..maka jadilah hambanya yang bersyukur.(noted untuk diri sendiri)
Allah berfirman dalam Al-quran:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗإِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung ni`mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan jika kamu menghitung-hitung ni`mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Hebat kan kasih sayang Allah,lalu apa lagi yang kurang dalam hidup ini..? jawapanya Kurang Amalan sebenarnya yang membuat saya rasa kurang dan lemah serta hanyut dalam kehidupan dan kesenangan yang Allah beri sehinggakan saya mengeluh bila diuji sedikit sahaja..Ya Allah malunya saya padaMu,pada kasih sayangMu dan pada NikmatMu yang telah engkau kurniakan.. bagaimana saya boleh bergelar pemimpin dalam organisasi sedang saya leka dengan kesibukan dan class yang baru bermula..Alllaaaahh!!
Ya Allah ketika ini saya teringat kisah syeikh Abdul Qadir Jailani yang menjadi kekasihmu.. mampukah saya menjadi kekasihmu sepertinNya??
beliau selalu mengutamakan solatnya kepadaMu ya Allah dari tuntutan Nafsunya iaitu beliau selalu bersolat dahulu sebelum menjamah makanan kerana beliau yakin setiap rezeki itu dariMu cepat atau lambat jika ia adalah rezekiKu maka ia tetap datang padaku dengan izinMu..disaat ibunya tidak sempat memasak untuknya maka dengan RahmatMu engkau menurunkan makanan yang Lazat untuknya.. dan menjamu kekasihmu itu makan..waahh bertapa maha pengasih dan penyayang diriMu kepada sang kekasihmu. disini saya terfikir dan muhasabah diri sebentar.. selama ini dalam kesibukan saya selalu menangguh waktu untuk bersamaMu. bagaiman jika di Akhirat Nanti engkau menanguhkan waktu unuk menghitung Amalan saya seperti mana saya menangguhkan waktu untuk bersujud padaMu?? ....saya membayangkan...azab disana...
saya pernah menguji rezeki Allah,bukan nak Riak tetapi sekadar perkongsiaan bahawa Allah itu maha memahami.. cuba kita fikir,apakah kita akan miskin dengan bersekah??? apakah keperluan kita akan berkurang jika kita bersedekah?
Allah Swt
berfirman dalam Al-Qur’an surat Saba’ ayat ke-39:
“Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan
menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang
kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang
sebaik-baiknya.”
saya yakin dengan Ayat ini, pada 18 hb saya bersedekah RM5 kerana saya mahu melihat apakah balasan Allah pada saya,saya mahu hati saya lebih yakin pada rezekinya..pulangnya saya menunggu apa agaknya yang Allah akan beri berdebar2 plak suspennn.!.. malamnya saya diuji dengan konflik dalam organisasi..alhamdulillah segera pulih berkat toleransi..keesokkanya semasa saya dalam kuliah m.sedara saya call..saya biarkan sahaja kerana tidak sopan menjawab panggilan semasa lec sedang memberi pelajaran..tetiba msej masuk.. "angah, nanti ambik Duit RM1000.." subhannaalllah saya mula memikirkan janji Allah n Nikmat sedekah..mata saya tetiba berair kerana kebenaran janji Allah itu ada buat HAmbanya yang suka bersedekah..Allah tidak menyempitkan pintu rezeki malah meluaskanya lagi.. hanya bermodalkan RM5 namun saya mendapat untung RM1000.. demi Allah semua yang tertulis ini BEnar!! sebaik2 perangcangan adalah datang dari Allah... Subhannaaalllah!.
mana mungkin saya membiarkan diri ini tidak bersyukur padaMu.. Saliha Amin,jaga personality kamu.. humble kan dirimu selalu.:-)maka jika kamu bertanya tentang Tuhan? maka bersyukurlah melihat kebesaranya..
syukran atas teguran Tarbiyyah melalui Ilham hati..mohon agar hidayah ini terus hidup dihati saya dan blog ini akan menyedarkan saya jika suatu hari nanti saya lupa..siapa diri say dan Matlamat saya.Amiin..
syukran kepada ummi dan abah kerana menghantar saya ke sekolah Agama walaupun saya mendapat tawaran ke asrama Penuh..tapi ummi n abah lebih memilih untuk menghantar saya ke Aliran agama..Syukran! Abah selalu cakap dia menyesal sebab xdapat buat 1 perkara ini untuk saya iaitu menghantar saya ke sekolah Cina sewaktu diperingkat sekolah Rendah..insyaallah saya akan tunaikan hasrat Abah dengan menghantar anak saya ke sekolah jenis keb.cina dan sek,Men,Agama nanti..








0 comments:
Post a Comment