saYa bukan Mencari Yang sempurNa.

Saya sedar tiada yang sempurna dalam dunia ni.. tiada lelaki sebaik Nabi Muhammad s.a.w dan tiada wanita sehebat Rabiatul Adawiyyah.itu hakikat yang saya sangat sedar dan sentiasa menyedarinya.saya bukan mencari yang sempurna untuk menemani perjalanan saya tapi cukuplah yang mampu membawa saya ke JANNAH. saya tidak meminta jodoh saya sehandsome lee min ho, tapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang.saya juga tidak mendambakan jodoh sehebat khalifah-khalifah di zaman nabi, tapi cukuplah sekadar mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dalam diri untuk memperjuangkan DAKWAH..kerana saya juga ingin menemaninya untuk sama2 menyebarkan dakwah ALLAH..saya bukan mencari lelaki yang sempurna sebagai jodoh kerana saya juga tidak sempurna tapi saya akan cuba untuk menjadi pelengkap hidupnya.

saya bukanlah insan yang hebat tapi saya cuba untuk menjadi hebat dimata keluarga saya kerana saya mahu mereka sedar bahawa saya boleh menjadi puteri solehah yang akan membuat mereka bangga..kerana  saya sangat mendambakan SYURGA dari mereka.
 saya sedar cinta hanyalah ujian bagi saya,semakin saya ingin kearahMu semakin saya diuji,,dan bila airmata saya gugur itu bukanlah tanda putus asa dan kecewa tapi sebaliknya saya bangga sebab diberi peluang untuk merasai pengalaman. airmata bukanlah tanda kekecewaan tapi sebenarnya ia tanda hati saya masih lagi boleh ditarbiah dan dibimbing untuk terus bertasbih kepadaMu yang Maha Mengetahui.



"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)
 
*saya bukan mencari yang sempurna tetapi saya mencari yang soleh kerana aura kesolehan itu manpu menjadikan saya "puteri solehah" didunia ini.*

0 comments:

Post a Comment