Kisah Jerebu..dan ukhwah

AssaLamualaikuM..
semoga hari ini iman saya makin bertambah.


"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman." (Surah Ad-Dukhon: 10-12)

Jerebu masih lagi melanda kawasan universiti saya.. alhmdulillah hari ini keadaannya sudah berkurang dari semalam.. pagi semalam saya dan kawan saya excited nak pegi study dekat library kami membayangkan suasana yang tenang dan selesa disana.tapi ke"excited" itu terpaksa dibatalkan ekoran jerebu.. saya dan kawan tidak sanggup mengambil risiko berjalan kaki dari kolej kediaman ke library dalam keadaan udara yang tidak begitu menyenangkan.. kesihatan perlu diutamakan kan? 
maka kami pun mengulangkaji seketika di surau dan seterusnya continue study dalam bilik masing2.. hehe
jerebu punya pasal.. pakaian yang dibasuh kami sidai jer dalam bilik..melindungi pakaian dari jerebu2 yang berterbangan..nakalnya kami..hehe. saya bercadang nak beli face mask,tapi x terbeli2 lagi.. best kot tengok pak guard pom pakai faceMask..hihi comell!! lepas tu tengop pulak MPP post gambar2 pakai faceMask yang dilabelkan sebagai beniqab..hihi cute..! saya tahu diorang pakai untuk melindungi keselamatan diorang.. paling syukur sebab kat sini ada di agihkan faceMask percuma untuk student.. 
Thank atas Usaha Mpp semua..tapi saya  xpasti sempatkah saya mendapatkan FaceMask percuma?? 
hihi.. Utamakan yang lebih Utama.. pape pom musim jerebu ni telah merapatkan Ukhwah antara saya dan kawan2..Ameen. saling bersms bertanyakan "kesihatan"..:-) hepinya bila dihargai.
pagi tadi dapat panggilan dari Dr.Radhi.. beliau bertanyakan tentang buah tangan yang saya  berikan pada beliau sebagai tanda penghargaan sebab menjadi pngetua Kolej Kediaman yang sangat baik.. beliau sangat disenangi dan sangat disayangi kat sini.. saya harap Dr. gembira dengan buah tangan yang tidak seberapa dari saya. Saya mencuba Untuk memahami kehidupan di Universiti dan Ukhwah yang terbina disini.. Paling penting sekali..jadi student yang baik 4 our lecturer.. sayangi mereka dan hormati mereka kerana mereka adalah "Muallim" dan keberkatan Ilmu itu ada pada mereka..:-)


Esok Last final exam.:-).semoga saya dapat menjawab dengan Tenang.. Don't Worry be happy.

p/s-sedih tengok kawan2 yang excited nak berpindah ke kolej Kediaman lain.. maka tinggalkan saya jer dekat sini Menghitung Hari beserta Tanggungjawab baru.. saya berharap ukhwah kita akan tetap seperti dulu..ye "sahabat2ku"

" SaHaBatKu"

Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.Tiada ukhuwwah tanpa iman,tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwah sepertimana tiada persahabatan tanpa takwa dan tiada ketakwaan tanpa persahabatan.




0 comments:

Post a Comment