Assalamualaikum..pada diri saya berbicara..
“Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus beribadat dan menyembahNya.. masih diberi nikmat kesempurnaan pancaindera dan kesihatan..:-) untuk menjalani kehidupan sebagai Khalifah di Bumi Allah ini, maka bersyukurlaahh saliha Amin..”
Alhamdulillah.. dugaan yang datang bertalu2 dapat saya tempuhi..rahsianya, ialah bergantung pada Allah dan banyakkan berDoa..yakin dengan kuasa Allah yang mentadbir seluruh kehidupan Hambanya.. semalam saya Kol kawan saya dan menceritakan semua masalah dan perasaan..alhamdulillah dia telah memberi sedikit panduan dan nasihat untuk hati saya.. syukran Wan Effah Wan Mahmood.. dia seorang muslimah yang saya jadikan contoh dan insyaallah saya akan menjadi hebat sepertinya kerana kita adalah warisan hawa..:-)
My dear Blog,saya nak ceritakan satu berita gembira dan satu lagi berita sedihL semua perkara ini berlaku serentak dalam hidup saya. Baru2 ini saya menghadiri temuduga sebagai Jaksa Kolej Kediaman..saya memohon jawatan sebagai AJK..
Pada pagi jumaat setelah selesai membaca surah Al-Kahfi (saya amalkan setiap hari jumaat..xkan miss except cuti) saya menelefon ummi dan bagitau “ummi, angah ada temuduga sebagai jaksa..Doakan angah ye’ ummi mendoakan saya agar saya tenang semasa temuduga.. ini temuduga pertama saya dengan DR.Radhi (timbalan dekan fkp) dan juga 2 orang fellow yang sangat baik.. semasa bilik temuduga saya menjadi orang pertama untuk ditemuduga dalam sesi temuduga pertama dalam hidup saya..ouch!sangat gementar dan berdebar kerana sesi temuduga dijalankan dalam bahasa Arab dan Inggeris jer..hehe Alamak! But confident tu penting disaat2 lemah dan rasa sangat berdebar..saya mulakan dengan salam dan senyuman.. semasa temuduga tu saya biasa2 jer membalas pertanyaan tapi perlulah bernas dan logik akal sebagai student university.. kadang2 tersasur sepatah dua bahasa “ibunda” didalam sesi temuduga but saya ignore jer dan terus bercakap..sampai last point..hehe konfident punya pasal..kan!!!.. rahsia temuduga :just tunjukkan yang anda seorang yang konfident walaupun cakap benda yang biasa2 jer.. selesai temuduga saya berdoa jer.. saya tidak berharap sangat untuk terpilih sebab saya merasakan ramai lagi calon yang hebat apatah lagi senior2..yang sememangnya berbakat. ME: Just Smile… menunggu keputusan temuduga yang xpasti bila akan diumumkan..hehee
Bila saya balik ke Kelantan berlaku satu konflik keluarga..yang membuatkan saya pening2 dan sangat2 sedih.. menangis dan menangis namun saya yakin Allah lah Maha menyelesaikan..saya yakin kesedihan saya ini jika saya mengadu padaNya maka dia Akan mendengar dan xkan biarkan saya bersedih lama2..nape?? sebab Allah sayang kiter..kan? dalam kesedihan tu saya mendapat pangilan dari pejabat kk1.. mengatakan saya lulus temuduga :-) dan terpilih untuk menjadi Jaksa.. tapi bukan sebagai Ajk seperti yang saya Mohon..tapi sebagai salah seorang Exco.. errkkk exco?? Adakah saya Layak?? Namun segalanya akan saya bergantung pada Allah.. segala Amanah akan saya Laksanakan dan insyaAllah dakwah akan disebarkan kelak..:-)
Jawatan BUkan Anugerah,
tetapi Amanah.Namun
dengan Amanah juga adalah saham pintas untuk ke syurga
sekiranya Adil melaksanakanya serta meletakkan Ahli sebagai keutamaan.
Allah mestilah didahulukan.
Hanya pemimpin yang Akrab dengan Allah mampu menyelesaikan masalah Ahlinya secara ikhlas n tuntas.
Ia membuka seribu jalan melaksanakan keb
aikan sesame insan dan akan
terbina di Tapak Keikhlasan kepada Tuhan.
Alhamdulillah temuduga pertama membuahkan hasil.. !!! Syukran jazilan Allah.. syukran Ummi atas doa Ummi..
Namun disebalik berita gembira,terselit jua berita duka..
Saya mendapat berita pelajar satu university dengan saya terlibat dalam kemalangan..salah seorang dari mereka merupakan sahabat saya.Bas yang dinaiki oleh insan2 yang berjihad dimedan ilmu ini terbalik.. kawan saya dikhabarkan patah paha dan cedera dibahagian muka akibat terkena serpihan kaca dari cermin bus yang pecah..subhanaallah!! manakala sorang lagi terpaksa dipotong tanganya demi menyelamatkanya.. Innalillah! Hebatnya Ujian Allah pada Mereka..jika saya diuji macam ini mungkin saya sudah lemah dan sangat lemah.. airmata ini gugur bila mendengar khabar mereka dan saya membayangkan kehidupanya nanti macamana? Hati ini berdoa agar saya,keluarga, dan sahabat2 dijauhkan bala dan diberi kesihatan serta kudrat untuk terus menjadi hambaMu yang bersyukur dan berTawakkal.. Ameen
Doa saya untuk mereka..agar mereka tabah dan bersabar atas ujian yang diberikan..yakinlah pada Allah dan berimanlah pada qada dan qadar Allah.. Ya allah kuatkanlah Hati2 Hambamu untuk menerima ujian darimu dan kuatkanlah lafaz kesyukuran didalam setiap diri hamba2Mu itu.
Sekian..
P/s: selamatkanlah perjalanan saya malam ini untuk pulang ke university bagi meneruskan imtihan yang masih berbaki dan lindungi saya dengan kasih sayangMu..hanya padamu tempat hamba2 mu memohon pertolongan..:-)
Semua yang baik dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri ini.. -SaLiHa AmiN-





0 comments:
Post a Comment