HAti SaYA...

selamat pagi hati 


Nasihat Untuk HATI saya...


Sesgguhnya tiada terlepas dan t'keluar stiap nafas keluar dan stiap nafas yg masuk melainkan berada didlm garisan hukum2 ALLAH dan dlm taqdir dan ketentuanNYA samada dlm taat, dlm nikmat, dlm bala ujian ...dan dlm maksiat dan dosa. 
Sebagai hamba sdh pasti akn bersyukur ats nikmat dan kurnia, segera kembali taubat, istigfar dan ingat ALLAH tika jatuh dan terlanjur berbuat salah dan dosa. Sabar dan redha tika ditimpa bala ujian dan cubaan mudah2an berkekalan dlm rahmat dan naungan limpahan cahaya ALLAH. 
Insya ALLAH.. sesgghnya p'jalanan ini amat sukar dan sulit dihampari dgn ujian, cubaan dan rintangan diwarnai hati dgn pelbagai rasa manis, pahit, tawar hambar, duka, suka, gembira, sedih, pilu hiba, gundah gulana, derita, sengsara, sempit, hina dan mulia.. Semuanya itu pasti akn dirasai dan dikecapi dgn penuh ksyukuran dan kerelaan demi menagih simpati, belas kasihan dan redha ALLAH..
kembalilah kpd ALLAH wahai hati2 yang bersih dgn byk ingat ALLAH, InsyaALLAH akn diterangi segala kegelapan, akn disinari akn kesamaran, akn diungkai segala kemusykilan, akn dibuka segala jalan, akn ditunjuk akn kebenaran, akn dijauhi kebathilan dan kesesatan, akn dinaungi dgn cahaya ALLAH.. INSYAALLAH..


saliha Amin..


sedang ulangkaji.hari ini abah pulang dari MaKKAh.. alhamdulillah abah selamat dan mungkin bertambah serinya..rindu sangat nak jumpat dengan abah..
saya akan pulang ke kelantan pada 17hb.. maka sgala kerinduan itu akan terurai..
saya harap perubahan positif akan berlaku dalam keluarga ini nanti..
insyaallah jihad ukhwah akan saya perjuangkan demi merapatkan ukhwah 
umi kandung dan ummi tiri..:-) 


UMMi..

ummi..saya sangat kagum dengan ummi sebab mampu membesarkan kami walaupun tanpa seorang lelaki,perceraian bukan bermakna kelemahan yang di undang..
malah sangat menjadikan dirimu seorang yang kuat..


ummi.. seorang ustazah di sebuah maahad tempat saya belajar,
seorang penggubal soalan peperiksaan yang sangat tekun,
sehinggakan saya sendiri tidak dibenarkan masuk saat beliau tgah menyediakan soalan..
saya berbangga kerana dengan jayanya dapat menjawab soalan yg digubal oleh ummi..:-)


ummi seorang petani moden, 
yang mengusahakan ladang getah.. 
maka disekeliling rumah kita dikelilingi oleh ladang getah.. 
suasana rumah kita sangat redup dan sejuk..kehijauan menghiasi permandangan..
maka saya berpeluang belajar banyak benda.. berpeluang memungut skrap getah dan merasai sendiri busuknya bau getah..
namun ummi cakap "busuk2 bau getah menghasilkan wang" hehe..
sejujurnya saya kagum dengan ummi yang berjaya tanpa lelaki disisi.. 
ummi saya doakan kejayaan ummi bukan didunia sahaja tetapi di Akhirat jua.. 
tanpa ummi tiada anak yang dipanggil "Angah"

ABah..

seorang ustaz di sebuah sekolah menengah Agama..
seorang iman di sebuah masjid, 
seorang penceramah jemputan(kekadang)
seorang petani yang mengusahakan ladang kelapa sawit secara kecilan, 
dan bercita2 untuk menjadi tauke kelapa sawit full time lepas pencen,
semua usaha telah abah lakukan untuk memberi keselesaan pada anak2nya,
motto hidupnya adalah bersederhana dan mengejar Akhirat.
Abah tidak mengimpikan hidup dalam kemewahan tetapi dalam keimanan.
dan juga..
abah sangat mementingkan pelajaran kepada anak2nya..rela berhabis wang ringgit demi pelajaran anak2nya.
abah lebih mendahului kehendak anak2nya dari dirinya..
saya sangat berbangga menjadi anak abah dan ummi
walaupun mereka tidak bersatu..
namun ukhwah itu masih kekal..
dan tanggungjawab anak2 untuk memastikah ukhwah dan silatulrahim terus terjalin..



_ simple tntang family saya_


konflik dapat diatasi dengan berfikiran matanag dan bertindak secara Matang..




0 comments:

Post a Comment