Kisah Jerebu..dan ukhwah

AssaLamualaikuM..
semoga hari ini iman saya makin bertambah.


"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman." (Surah Ad-Dukhon: 10-12)

Jerebu masih lagi melanda kawasan universiti saya.. alhmdulillah hari ini keadaannya sudah berkurang dari semalam.. pagi semalam saya dan kawan saya excited nak pegi study dekat library kami membayangkan suasana yang tenang dan selesa disana.tapi ke"excited" itu terpaksa dibatalkan ekoran jerebu.. saya dan kawan tidak sanggup mengambil risiko berjalan kaki dari kolej kediaman ke library dalam keadaan udara yang tidak begitu menyenangkan.. kesihatan perlu diutamakan kan? 
maka kami pun mengulangkaji seketika di surau dan seterusnya continue study dalam bilik masing2.. hehe
jerebu punya pasal.. pakaian yang dibasuh kami sidai jer dalam bilik..melindungi pakaian dari jerebu2 yang berterbangan..nakalnya kami..hehe. saya bercadang nak beli face mask,tapi x terbeli2 lagi.. best kot tengok pak guard pom pakai faceMask..hihi comell!! lepas tu tengop pulak MPP post gambar2 pakai faceMask yang dilabelkan sebagai beniqab..hihi cute..! saya tahu diorang pakai untuk melindungi keselamatan diorang.. paling syukur sebab kat sini ada di agihkan faceMask percuma untuk student.. 
Thank atas Usaha Mpp semua..tapi saya  xpasti sempatkah saya mendapatkan FaceMask percuma?? 
hihi.. Utamakan yang lebih Utama.. pape pom musim jerebu ni telah merapatkan Ukhwah antara saya dan kawan2..Ameen. saling bersms bertanyakan "kesihatan"..:-) hepinya bila dihargai.
pagi tadi dapat panggilan dari Dr.Radhi.. beliau bertanyakan tentang buah tangan yang saya  berikan pada beliau sebagai tanda penghargaan sebab menjadi pngetua Kolej Kediaman yang sangat baik.. beliau sangat disenangi dan sangat disayangi kat sini.. saya harap Dr. gembira dengan buah tangan yang tidak seberapa dari saya. Saya mencuba Untuk memahami kehidupan di Universiti dan Ukhwah yang terbina disini.. Paling penting sekali..jadi student yang baik 4 our lecturer.. sayangi mereka dan hormati mereka kerana mereka adalah "Muallim" dan keberkatan Ilmu itu ada pada mereka..:-)


Esok Last final exam.:-).semoga saya dapat menjawab dengan Tenang.. Don't Worry be happy.

p/s-sedih tengok kawan2 yang excited nak berpindah ke kolej Kediaman lain.. maka tinggalkan saya jer dekat sini Menghitung Hari beserta Tanggungjawab baru.. saya berharap ukhwah kita akan tetap seperti dulu..ye "sahabat2ku"

" SaHaBatKu"

Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.Tiada ukhuwwah tanpa iman,tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwah sepertimana tiada persahabatan tanpa takwa dan tiada ketakwaan tanpa persahabatan.




Dugaan hidup



Assalamualaikum..pada diri saya berbicara..


“Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus beribadat dan menyembahNya.. masih diberi nikmat kesempurnaan pancaindera dan kesihatan..:-) untuk menjalani kehidupan sebagai Khalifah di Bumi Allah ini, maka bersyukurlaahh saliha Amin..”


Alhamdulillah.. dugaan yang datang bertalu2 dapat saya tempuhi..rahsianya, ialah bergantung pada Allah dan banyakkan berDoa..yakin dengan kuasa Allah yang mentadbir seluruh kehidupan Hambanya.. semalam saya Kol kawan saya dan menceritakan semua masalah dan perasaan..alhamdulillah dia telah memberi sedikit panduan dan nasihat untuk hati saya.. syukran Wan Effah Wan Mahmood.. dia seorang muslimah yang saya jadikan contoh dan insyaallah saya akan menjadi hebat sepertinya kerana kita adalah warisan hawa..:-) 


My dear Blog,saya nak ceritakan satu berita gembira dan satu lagi berita sedihL semua perkara ini berlaku serentak dalam hidup saya. Baru2 ini saya menghadiri temuduga sebagai Jaksa Kolej Kediaman..saya memohon jawatan sebagai AJK..


Pada pagi jumaat setelah selesai membaca surah Al-Kahfi (saya amalkan setiap hari jumaat..xkan miss except cuti) saya menelefon ummi dan bagitau “ummi, angah ada temuduga sebagai jaksa..Doakan angah ye’ ummi mendoakan saya agar saya tenang semasa temuduga.. ini temuduga pertama saya dengan DR.Radhi (timbalan dekan fkp) dan juga 2 orang fellow yang sangat baik.. semasa bilik temuduga saya menjadi orang pertama untuk ditemuduga dalam sesi temuduga pertama dalam hidup saya..ouch!sangat gementar dan berdebar kerana sesi temuduga dijalankan dalam bahasa Arab dan Inggeris jer..hehe Alamak! But confident tu penting disaat2 lemah dan rasa sangat berdebar..saya mulakan dengan salam dan senyuman.. semasa temuduga tu saya biasa2 jer membalas pertanyaan tapi perlulah bernas dan logik akal sebagai student university.. kadang2 tersasur sepatah dua bahasa “ibunda” didalam sesi temuduga but saya ignore jer dan terus bercakap..sampai last point..hehe konfident punya pasal..kan!!!.. rahsia temuduga :just tunjukkan yang anda seorang yang konfident walaupun cakap benda yang biasa2 jer.. selesai temuduga saya berdoa jer.. saya tidak berharap sangat untuk terpilih sebab saya merasakan ramai lagi calon yang hebat apatah lagi senior2..yang sememangnya berbakat. ME: Just Smile… menunggu keputusan temuduga yang xpasti bila akan diumumkan..hehee


Bila saya balik ke Kelantan berlaku satu konflik keluarga..yang membuatkan saya pening2 dan sangat2 sedih.. menangis dan menangis namun saya yakin Allah lah Maha menyelesaikan..saya yakin kesedihan saya ini jika saya mengadu padaNya maka dia Akan mendengar dan xkan biarkan saya bersedih lama2..nape?? sebab Allah sayang kiter..kan? dalam kesedihan tu saya mendapat pangilan dari pejabat kk1.. mengatakan saya lulus temuduga :-) dan terpilih untuk menjadi Jaksa.. tapi bukan sebagai Ajk seperti yang saya Mohon..tapi sebagai salah seorang Exco.. errkkk exco?? Adakah saya Layak?? Namun segalanya akan saya bergantung pada Allah.. segala Amanah akan saya Laksanakan dan insyaAllah dakwah akan disebarkan kelak..:-) 


Jawatan BUkan Anugerah,
tetapi Amanah.Namun
dengan Amanah juga adalah saham pintas untuk ke syurga
sekiranya Adil melaksanakanya serta meletakkan Ahli sebagai keutamaan.
Allah mestilah didahulukan.
Hanya pemimpin yang Akrab dengan Allah mampu menyelesaikan masalah Ahlinya secara ikhlas n tuntas.
Ia membuka seribu jalan melaksanakan keb
aikan sesame insan dan akan 
terbina di Tapak Keikhlasan kepada Tuhan.



Alhamdulillah temuduga pertama membuahkan hasil.. !!! Syukran jazilan Allah.. syukran Ummi atas doa Ummi..

Namun disebalik berita gembira,terselit jua berita duka..

Saya mendapat berita pelajar satu university dengan saya terlibat dalam kemalangan..salah seorang dari mereka merupakan sahabat saya.Bas yang dinaiki oleh insan2 yang berjihad dimedan ilmu ini terbalik.. kawan saya dikhabarkan patah paha dan cedera dibahagian muka akibat terkena serpihan kaca dari cermin bus yang pecah..subhanaallah!! manakala sorang lagi terpaksa dipotong tanganya demi menyelamatkanya.. Innalillah! Hebatnya Ujian Allah pada Mereka..jika saya diuji macam ini mungkin saya sudah lemah dan sangat lemah.. airmata ini gugur bila mendengar khabar mereka dan saya membayangkan kehidupanya nanti macamana? Hati ini berdoa agar saya,keluarga, dan sahabat2 dijauhkan bala dan diberi kesihatan serta kudrat untuk terus menjadi hambaMu yang bersyukur dan berTawakkal.. Ameen


Doa saya untuk mereka..agar mereka tabah dan bersabar atas ujian yang diberikan..yakinlah pada Allah dan berimanlah pada qada dan qadar Allah.. Ya allah kuatkanlah Hati2 Hambamu untuk menerima ujian darimu dan kuatkanlah lafaz kesyukuran didalam setiap diri hamba2Mu itu.

Sekian..


P/s: selamatkanlah perjalanan saya malam ini untuk pulang ke university bagi meneruskan imtihan yang masih berbaki dan lindungi saya dengan kasih sayangMu..hanya padamu tempat hamba2 mu memohon pertolongan..:-)
Semua yang baik dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri ini.. -SaLiHa AmiN-








Examination dan kegemukan..

Salam keceriaan :-)



 Terlepas peluang?? yup memang saya sgt rugi..
 apatah lagi program agama peringkat antarabangsa dan dihadiri oleh tokoh agama.. 
kesilapan saya yang  terlewat bangun..
saya memang xsedar sebab semalam tido agak lewat dalam kul 2.. selalunya saya akan kunci jam but semalam hp dicas dekat meja study.
 menyesal sangat...tersangat segan bila dapat kol dari mpp.A dan bertanyakan.. dia bagi masa untuk saya bersiap dan hadir..sangat terharu tapi mana mungkin saya dapat bersiap dalam 20 minit.. nak iron baju lagi.. apa lg.. so dengan alsaan tersebut saya kol dia balik dan cakap assiiff jiddan xdapat join saya xnak orang menanti saya...

 saya jadikan kelewatan hari ini sebagai pengajaran untuk hari berikutnya.. sangat segan dengan Mpp.A. sangat malu..sebab sy yang beria2 ajak kawan2 untuk join but the end.. saya yang xpegi..ohh mungkin ada hikmahnya..!!!

 musim exam still lagi xhabis2.. sangat stress nak baca buku yang agak tebal.. berjudul 
 "Leadership in Organization"
sampai kan rasa sakit dalam kepala.. i think ni mungkin sebab stress 
dalam musim exam ni..bila stress kita makan banyak.. 
maka timbul laah jerawat halus dimuka ini.. 
macamna ye nak hilangkanya..??
-guna Oxy10-
berkesan..!!!


dalam musim exam ni.. banyak plak saya makan..
semua benda rasa nak makan..
esp,fastfood.. 
hari2 dibekalkan dengan fastfood sambil study..
rasa cam pipi dan tembam.. hihi
 mula terfikir nak diet.. 
merancang untuk diet..
?????????
 godek2 blog akak Fatin Liyana n terjumpa laa petua ini..
jadi saya nak abadikan petua ini dalam blog saya.. boleh kan??







1. JANGAN CRASH DIET

crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?





2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION

'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.





3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI

'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.







4. GET ACTIVE

satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur. 







5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.

kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.





Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.











 Kahwin Muda.. Jangan Ingat MUDAH OKEYYY!!!!

Kenapa saya tertarik nak share artikel ni..?? sebab sejak akhir ini ramai sangat kawan2 saya yang mengambil keputusan untuk berkahwin..dalam usia muda.Alhamdulillah..!! 

Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..
tetapi.. dalam perkahwinan suami isteri haruslah memainkan peranan penting dan saling memahami kerana mereka merupakan student yang tidak mempunyai sumber kewangan tetap... 




     Artikel

Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!

Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.

Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)


Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).

Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!

Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.

Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.



Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!

Firman Allah SW

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)

Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.

"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",

"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",

"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.

Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:

"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)

Secara kesimpulannya, pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).

Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.



Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..

Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Wallahu Anta A'lam

- Artikel iluvislam.com


HAti SaYA...

selamat pagi hati 


Nasihat Untuk HATI saya...


Sesgguhnya tiada terlepas dan t'keluar stiap nafas keluar dan stiap nafas yg masuk melainkan berada didlm garisan hukum2 ALLAH dan dlm taqdir dan ketentuanNYA samada dlm taat, dlm nikmat, dlm bala ujian ...dan dlm maksiat dan dosa. 
Sebagai hamba sdh pasti akn bersyukur ats nikmat dan kurnia, segera kembali taubat, istigfar dan ingat ALLAH tika jatuh dan terlanjur berbuat salah dan dosa. Sabar dan redha tika ditimpa bala ujian dan cubaan mudah2an berkekalan dlm rahmat dan naungan limpahan cahaya ALLAH. 
Insya ALLAH.. sesgghnya p'jalanan ini amat sukar dan sulit dihampari dgn ujian, cubaan dan rintangan diwarnai hati dgn pelbagai rasa manis, pahit, tawar hambar, duka, suka, gembira, sedih, pilu hiba, gundah gulana, derita, sengsara, sempit, hina dan mulia.. Semuanya itu pasti akn dirasai dan dikecapi dgn penuh ksyukuran dan kerelaan demi menagih simpati, belas kasihan dan redha ALLAH..
kembalilah kpd ALLAH wahai hati2 yang bersih dgn byk ingat ALLAH, InsyaALLAH akn diterangi segala kegelapan, akn disinari akn kesamaran, akn diungkai segala kemusykilan, akn dibuka segala jalan, akn ditunjuk akn kebenaran, akn dijauhi kebathilan dan kesesatan, akn dinaungi dgn cahaya ALLAH.. INSYAALLAH..


saliha Amin..


sedang ulangkaji.hari ini abah pulang dari MaKKAh.. alhamdulillah abah selamat dan mungkin bertambah serinya..rindu sangat nak jumpat dengan abah..
saya akan pulang ke kelantan pada 17hb.. maka sgala kerinduan itu akan terurai..
saya harap perubahan positif akan berlaku dalam keluarga ini nanti..
insyaallah jihad ukhwah akan saya perjuangkan demi merapatkan ukhwah 
umi kandung dan ummi tiri..:-) 


UMMi..

ummi..saya sangat kagum dengan ummi sebab mampu membesarkan kami walaupun tanpa seorang lelaki,perceraian bukan bermakna kelemahan yang di undang..
malah sangat menjadikan dirimu seorang yang kuat..


ummi.. seorang ustazah di sebuah maahad tempat saya belajar,
seorang penggubal soalan peperiksaan yang sangat tekun,
sehinggakan saya sendiri tidak dibenarkan masuk saat beliau tgah menyediakan soalan..
saya berbangga kerana dengan jayanya dapat menjawab soalan yg digubal oleh ummi..:-)


ummi seorang petani moden, 
yang mengusahakan ladang getah.. 
maka disekeliling rumah kita dikelilingi oleh ladang getah.. 
suasana rumah kita sangat redup dan sejuk..kehijauan menghiasi permandangan..
maka saya berpeluang belajar banyak benda.. berpeluang memungut skrap getah dan merasai sendiri busuknya bau getah..
namun ummi cakap "busuk2 bau getah menghasilkan wang" hehe..
sejujurnya saya kagum dengan ummi yang berjaya tanpa lelaki disisi.. 
ummi saya doakan kejayaan ummi bukan didunia sahaja tetapi di Akhirat jua.. 
tanpa ummi tiada anak yang dipanggil "Angah"

ABah..

seorang ustaz di sebuah sekolah menengah Agama..
seorang iman di sebuah masjid, 
seorang penceramah jemputan(kekadang)
seorang petani yang mengusahakan ladang kelapa sawit secara kecilan, 
dan bercita2 untuk menjadi tauke kelapa sawit full time lepas pencen,
semua usaha telah abah lakukan untuk memberi keselesaan pada anak2nya,
motto hidupnya adalah bersederhana dan mengejar Akhirat.
Abah tidak mengimpikan hidup dalam kemewahan tetapi dalam keimanan.
dan juga..
abah sangat mementingkan pelajaran kepada anak2nya..rela berhabis wang ringgit demi pelajaran anak2nya.
abah lebih mendahului kehendak anak2nya dari dirinya..
saya sangat berbangga menjadi anak abah dan ummi
walaupun mereka tidak bersatu..
namun ukhwah itu masih kekal..
dan tanggungjawab anak2 untuk memastikah ukhwah dan silatulrahim terus terjalin..



_ simple tntang family saya_


konflik dapat diatasi dengan berfikiran matanag dan bertindak secara Matang..




Hidup dan Perjuangan..

 Salam Rindu dan cinta..
sesungguhnya yang baik itu dari Allah :-)

 saya sedang deman exam sekarang,,, tapi still cool walaupun ulangkaji hanya "ciput" :-) kerisauan itu ada tapi  insyaallah bnyak masa untuk saya ulangkaji lagi.. ehem2 tadi baru lepas temuduga untuk jawatan jaksa KK1(usim) saya hnya berserah.. dapat atau x.. xper. yang penting saya da ade pengalaman temuduga oleh dr.Radhi n others fellow.:-).. semalam saya baru jer balik dari penang..bercuti sambil menziarahi abg saya.. besst sgt layanan yang sy dan asiah dapat dari dia dan isterinya..kami bnyak jalan2 dan makan2.. bnyak bnda yang sgt menarik untuk dikongsikan.." Angah sgt terharu sebab abg yang support semua pbelanjaan tiket angah dan kawan angah..thank abg" . 

Ya Allah... mencintai Agama itu adalah destinasi saya dan saya sedang berusaha untuk ke arah itu,maka permudahkanlah urusan saya dan dekatkan hati saya pada orang yang mencintai agama agar akhirat saya lebih terjamin.. 

Ya Allah, tekadkanlah hati saya untuk terus berubah dan menjadi kesayangan Mu..
 sesungguhnya selepas saya mencintaiMu saya dengan rela hati memutuskan cinta dengan lelaki bukan Muhrim saya..sebab saya sedar cintaMu lebih bernilai dan lebih membahagiakan daripada cinta Makhluk ciptaanMu

.saya juga memberi peluang kepadanya untuk dekat denganMu dan saya xmahu cinta saya akan merosakkanya. sesungguhnya sekarang hati saya hanya terbuka untukMu dan setiap hari tekad saya adalah untuk menambahkan iman dan kerinduaan padaMu.. 
saya akan cuba membawa kawan2 yang saya sayangi untuk dekat denganMu dan agar mereka melupakan pencarian cinta Makhluk ciptaanMu sebab saya tahu.. mereka juga belum bersedia untuk kahwin.. saya sangat berharap agar saya dan mereka dapat menjalinkan ukhwah dalam usrah yang tersusun nikmatnya..:-)

Ya Allah, dekatnya hatiMu dengan saya meskipun saya sudah banyak lalai dan leka dengan dunia.. sesungguhnya apa yang saya dapat dan apa yang saya ada adalah pinjaman dariMu.. semuanya tidak akan kekal kan,,?? suatu hari nanti ia pasti akan hancur ditelan Bumi.. Ya Allah.. kauatkan tekadku untuk berpusing 100% ke Arahmu dan kuatkan tekad sahabatku untuk menuju jalanMu..akan saya cuba gapai tangan mereka UNTUK bersama saya mencari cinta Allah dan menjadi manusia yang mencintai Agama..

kenapa..??
 sebab...!!!
saya berkata" saya cintakan Agama saya"

 jika saya mati.
sya ditanya "Apa bukti  saya mencintai Agama??""
jawapanya............!!!

 mampukah saya jawab jika saya tidak berusaha untuk jalan dakwah..??
 mampukah saya untuk menghuni syurga??
jika tiada pengorbanan yang saya lakukan untuk Agama saya(islam)
tiddaaakkk!!!
saya xsangup dihumban ke neraka...  azabnya sungguh dahsyaatt!!!

 maka dengan hati yang tenang saya akan mulakan hijrah dan mencari ibrah untuk diri ini..
_ Saliha Amin_



Apabila HidayahNya telah mengetuk pintu hati..
B'segeralah membuka pintu & biarkanlah cintaNya menghuni segenap hatimu itu...

Igtlah bgaimn sirah melakarkan para sahabat meninggalkan harta yg bakal dituai semata2 krn mahu menurut perintah Allah & Rasulullah utk b'juang di dlm Perang Tabuk. 
Lihatlah bagaimana Allah mggantikan smua yg telah mereka tinggalkn krn ingin meraih redha Allah dgn nikmat yg berganda2 lbh baik. Harta rampasan perang yg bertimbun2 dimiliki tanpa perlu berperang! Subhanallah.

Beri pluang kpd diri sndiri. Kita mampu menjadi jauh lbh baik drpd kita hari ini & semalam. 
Sahutlah Hidayah Allah & hijrahlah. 
Kita tdk akn menyangka ke mana Allah akn membawa kita ke darjat yg lbh baik disisiNya..

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dgn jihad yg sebenar2nya. Dia telah Memilih kamu, & Dia tdk Menjadikan kesukaran utkmu dlm agama....... Maka laksanakanlah solat & tunaikanlah zakat, & berpegang teguhlah kpd Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik2 Pelindung & sebaik2 Penolong." [al-Hajj : 78]

Mana mgkin smua lumpur2 dosa yg menebal dpt dibersihkan dlm masa sehari.

Mana mgkin utk menyapu dosa2 hitam di dlm hati hanya dlm masa yg singkat...

Proses hijrah & memperbaiki diri memg pnjang. Ia tdk akn mampu menjadi sempurna dlm masa sehari, bahkan ia adakalanya memerlukan kerja keras memakan masa bertahun..

Namun, jgn sesekali b'paling semula ke arah jahiliyyah & kemaksiatan. Kuatkanlah semangat & berpegang teguhlah kpd tali yg paling ampuh; iaitu Allah.
Jgn putus asa... Allah sentiasa ada di sisi menemani.

Hijrah kita tdk akn prnah berakhir.
Setiap hari kita berhijrah.
Setiap hari kita berazam utk menjadi lbh baik.
Setiap hari kita usahakan utk menjadi hambaNya yg Dia redhai..
Kita hanya berhenti apabila kita mati & di akhirat kelak tempat kita diperhitungkan kembali.

Carilah Allah... 
Usahakanlah caranya, jalannya..
InsyaAllah.. Pasti akn bertemu.

"Dan sgguh beruntung org yg memelihara amanat2 & janjinya, serta org yg memelihara solatnya. Mereka itulah org yg akn mewarisi yakni yg akn mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya." [al-Mukminun : 8-11]

Sesungguhnya memg benar, tiada perkara yg lbh indah selain drpd jatuh cinta kpd & krn Allah..