KELIRU..

Sekali lagi saya mencoret kata dilembaran maya ini..
beribu cerita dan luahan yang terpendam ..mencari teduhan tarbiah dalam menghadapi Ujian.
 apakah semua ini ujian??
cantik itu ujian,sakit itu ujian,kaya itu ujian,miskin itu ujian,CINTA itu ujian..semuanya ujian.. ??
Ya! kita memang sedang sedang diUji..
sejak akhir2 ini saya merasakan hati saya sedikit sebanyak telah mulai lalai..lalai dengan tipuan dunia..lalai dengan situasi yang indah..

sedikit teguran dan tarbiah mampu membuatkan saya insaf.. saya berharap,janganlah ia sementara,datang dan hilang jika tidak dijaga..
rasa sangat tenang bila cinta Allah menjadi Matlamat..rasa macam dilahirkan semula biarpun dosa semalam belum terampun..
hari ini dan semalam..
saya adalah BERBEZA.

DRAFT OKTOBER

Hari ini saya ada test untuk subjek Ulum hadis..alhamdulillah dilalui dengan sempurna.. Muaalim yang mengajar saya bergelar" Prof.Dr" tapi beliau sangat HUmble..beliau ingin kami memangilnya dengan gelaran "Abi.." ya Abi...abi sangat baik dengan saya, tadi Abi datang dan bertanyakan adakah saya suka subjeknya,dirinya,caranya mengajar..YA,itu jawapan saya..kami berborak panjang dalam kelas tutor tadi,Abi menggelarkan saya sebagai "dearest Daughter" dan saya mengangapnya sebagai Ayah..:-) abi banyak berkongsi latar belakang keluargaNya..saya mengenali mereka melalui gambar yang ditunjukkanya kepada saya..Alhmdulillah mereka adalah insan yang hebat "owesome".. saya merasakan ingin menjadi seperti mereka..hihi3.lastly abi cakap "i like u".. saya faham budaya Arab memang mcm tu..kan. saya cuma mengharapkan keredhaan Abi dalam memberi Ilmu kepada Saya. bersemangat! vote for subjek Abi..InGAT saliha,menjaga hati Muallim itu perlu.

perjalanan saya diUji lagi, ujian dengan kawan2..sikap mereka yang membuatkan saya rasa sangat terasing..macam saya ni dari planet lain..tapi xper saya Ada Allah kan?? itu jer jawapan yang saya ada untuk menenagkan hati ini..biarlah kesedihan itu di ubati dengan manisnya Ayat2 Allah..saya yakin janji Allah itu benar.
"Berkawan untuk kepentingan tidak kemana..mereka boleh mencari saya untuk kepentingan mereka dan saya akan menolong mereka.namun,saya tidak akan mencari mereka untuk kepentingan saya!berbeza kan??"

Aduhai HATI,sekali engkau lalai..maka bergembiralah kroni2 iblis menyesatkanMu menjadikan Dunia itu indah...maka "bertaubatLah!" CINTA, manusia memang diuji dengan cinta..hari itu telah datang satu lamaran dari seorang jejaka yang saya tidak sangat mengenalinya... keseriusanya ingin membawa perkara ini kepada pihak keluarga jika diberi peluang dan ruang untuknya mengisi hati..namun, Asif saya bukan menolak,tapi belum bersedia.. kayakinan itu belum ada..istikharah jugak belum dilakukan.. saya YAkin jodoh saya bukan dalam masa yang terdekat..saya Yakin Allah ada "simpankan Dirinya" untuk saya..jadi tidak perlu saya terburu2 mengkat janji..:-). Banyak komitmen lain yang perlu diUruskan dan Banyak Hati lain yang perlu dijagai..esp UMMI dan ABAH.
Cinta.. adakah ikhlas jika lelaki menyatakan "sayang" dan "cintanya" kepada kita tetapi membelakangi keluarga kita? adakah anda diluar sana yakin dengan ketulusan lelaki sedemikian..? fikirlaahhh hati sebelum bertindak..dirimu adalah Muslimah dan diriMu adalah solehah.engkau berhak keatas dirimu..maka jadikanlah dirimu adalah "mawar Berduri" jangan sampai engkau hilang duri yang melindungi kecantikan Mu..saya juga tertanya2,apa motif ungkapan sayang n cinta jika bukan diniatkan untuk dijadikan isteri atau suami?? apa motif jika sebuah hubungan itu masing2 mahu membuat pasanganya cemburu..??bahagiakah anda dalam situasi begini..??
"ya Allah,jauhkan lah saya dari mereka jika kehadiran mereka membawa saya jauh dariMU.. "

...Alemakkk!! terover plak jejari ini menaip..Assiifff. Ok saya nak bercerita lagi, saya ada kenal seorang mentor yang sangat baik dan berkebolehan serta berkaliber sebagi pemimpin..Alhamdulillah beliau banyak membantu saya disini, memberi idea dan berkongsi ILMU..sesungguhnya Ilmu yang dikongsi itu tidak akan pernah berkurang tetapi makin bertambah dan bertambah..kan?? Mentor.. mungkin saya bercita2 menjadi Hebat seperti kamu..dan saya sedang berusaha keArah itu.. terkadang saya juga terleka dan tidak mampu untuk mengejar..tetapi saya tidak mahu berhenti diseparuh jalan..maka bantulah saya untuk sama2 berada ditahap itu.Aminnn..Boleh kan en.Mentor?? Moga Allah Redha.






Pujuk HAti dengan Tarbiah



Sedikit tazkirah hati bagi diri yang sering leka dan alpa dari mengingati Allah SWT.

Wahai kawan,Kita tidak mengetahui keadaan kita adakah kita mendapat redha Allah atau sebaliknya,telah banyak kelalaian kita dengan maksiat yang dilakukan, dan amat sedikit amal kita,bagaimanakah kita apabila bertemu dengan-Nya nanti. Marilah kita berazam meninggalkan maksiat yang selalu kita lakukan.Sucikanlah hati dengan melakukan zikir secara istiqamah dan bertafakur sejenak di atas kelalaian kita selama ini. Kita kadang2 dilalaikan dengan ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai yang sering bersama kita.Ingatlah hari ini sedikit sahaja yng membawa kita kepada Akhirat dan kebanyakkannya membawa kita kepada dunia yang melalaikan ini.Janganlah banyak bercakap tentang dunia seperti kereta, hartabenda dan seumpamanya kerana ianya akan kita tinggalkannya.

Marilah kita gantikan percakapan kita, daripada banyak bercakap kepada banyak diam atau bercakaplah perkara yang baik2, janganlah terlalu banyak ketawa atau bergurau yang berlebihan kerana ianya akan mengeraskan hati kita.Janganlah memandang kepada perkara yang tidak disukai oleh Allah kerana ianya akan mengundang kemurkaan-Nya.Bersegeralah meninggalkan syahwat yang akan membinasakan kita.Mengikut syahwat hanya keseronakan sementara saja sedangkan kesengsaraannya akan berpanjangan.Dunia hari ini penuh dengan fitnah yang arusnya begitu deras sehingga sesiapa yang terjatuh kedalamnya sedikit sahaja yang selamat. Berpautlah kamu kepada para ulama yang solihin lagi bertaqwa kerana mereka adalah pewaris nabi yang merupakan penyelamat ummah.

Wahai kawan, terangilah hatimu dengan berfikiran yg baik terhadap apa yang telah ditakdir Allah kepadamu, jadilah hamba yang redha kepada-Nya.(saliha redha n sabar yer) Ketahuilah Allah Maha Baik, maka tidak Dia lakukan atas kita kecuali perkara yang baik2.Bersabarlah atas ujian yang diberikan,menangis kesedihan tidak bermakna tidak redha ketentuan-Nya.Jadikan ketaatan kepada-Nya adalah keutamaan.Gembiralah dengan nikmat-Nya dengan bersyukur kpd-Nya.Tetapkan hatimu dengan melihat semuanya daripada Allah, tiada kezaliman daripada-Nya hanya kerahmatan dan kemuliaan-Nya sahaja.Beruntunglah kamu kalau hati tunduk kepada-Nya.

Apabila hati kamu melihat semuanya daripada Allah, nescaya hatimu akan tenang dan cahaya hatimu akan terus bersinar,hidupkan hati dengan keazaman ingin melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan kemaksiatan, pecahkan nafsu dengan cahaya ketaatan sehingga berjaya merasai kelazatan dalam ibadat.Berusahalah bersungguh-sungguh dengan pergantungan yang kuat kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan jalan-Nya. Hulurlah tangan kepada Allah nescaya Allah akan menyambut kita dengan Kasih sayang yang melebihi kasih sayang makhluk kepada kita, kerana Dialah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.







Perhatikan Aib Dirimu Wahai Diri

Perhatikan aib dirimu wahai diri.. Cubalah satu malam sahaja engkau duduk, lalu ajaklah dirimu meneliti aib diri. Jika harini engkau disanjung, dihormati, disegani, disebut-sebut namamu kerana jasa, kebaikanmu. Ketahuilah, bukankah Allah yang menutup aib dirimu?.

Cubalah jika Allah buka segala kejahatanmu. Agak-agaknya di mana engkau akan meletakkan wajahmu?. Mahukah engkau terima segala pujian dengan senang hati sedangkan hakikatnya engkau wajar di keji?.

Tajamkanlah pandangan batinmu wahai diri. Duduk dan perhatikan setiap aib yang engkau ada. Apa aib mataku? Apa aib telingaku? Apa aib lidahku? Apa aib tanganku ? Apa aib kakiku? Apa aib perutku? Lebih dari itu... Apa aib batinku ? Apa aib jiwaku ? Apa aib ruhku? Sebulan penuh mata tidak menangis kerana Allah; mata apakah ini? Mata yang terpesona setiap kali melihat dunia? Mata yang memandang hina orang lain dan melihat dirnya lebih hebat dibanding dengan mereka ? Atas dasar apa?

Perhatikan telingamu. Engkau mendengar ghibah, fitnah, adu domba, dan perkataan-perkataan cela yang lain? Cermatilah wahai diri dengan saksama buat satu malam sahaja. Berapa kali engkau menyemak ayat-ayat Al-Quran dengan penuh khusyuk sehingga hatimu bergetar? Risiklah diri pada malam ini.

Anda mengaji minggu ini, bulan ini, bulan sebelumnya? Mungkin ada yang mengatakan tidak, dan menunda-nunda hingga bulan Ramadhan untuk melakukannya, menunggu hingga lupa tempat engkau meletakkan al-Quran. Mungkin juga ada yang menjawab YA, dan beruntunglah jika engkau termasuk salah satu di antara orang-orang yang dimuliakan Allah sehingga dapat membaca al Quran. Selanjutnya, apa hasil yang engkau petik dari bacaan itu? Berapa ayat yang membuatkanmu berhenti membaca lalu... air matamu mengalir kerana takut kepada ALlah? Berapakah ayat al Quran yang menggoncangkan hati engkau di saat menyemaknya? Jangan-jangan... engkau membaca dengan hati yang sibuk dengan hal-hal lain, sehingga engkau tidak memperhatikan apa yang diucapkan Allah kepadamu? 
Alhamdulillah selesai sudah tazkirah untuk hati yang telah lalai ini..
saliha..past is past,ambik ibrah dari KisahMu :-) sesungguhnya Allah telah menegurMu pada hari ini.. maka jadikan teguran halus itu sebagai peringatan untukmu berubah menggapai iman yang mantap.. aminn..
Rujukan: dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri,