Pujuk HAti dengan Tarbiah



Sedikit tazkirah hati bagi diri yang sering leka dan alpa dari mengingati Allah SWT.

Wahai kawan,Kita tidak mengetahui keadaan kita adakah kita mendapat redha Allah atau sebaliknya,telah banyak kelalaian kita dengan maksiat yang dilakukan, dan amat sedikit amal kita,bagaimanakah kita apabila bertemu dengan-Nya nanti. Marilah kita berazam meninggalkan maksiat yang selalu kita lakukan.Sucikanlah hati dengan melakukan zikir secara istiqamah dan bertafakur sejenak di atas kelalaian kita selama ini. Kita kadang2 dilalaikan dengan ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai yang sering bersama kita.Ingatlah hari ini sedikit sahaja yng membawa kita kepada Akhirat dan kebanyakkannya membawa kita kepada dunia yang melalaikan ini.Janganlah banyak bercakap tentang dunia seperti kereta, hartabenda dan seumpamanya kerana ianya akan kita tinggalkannya.

Marilah kita gantikan percakapan kita, daripada banyak bercakap kepada banyak diam atau bercakaplah perkara yang baik2, janganlah terlalu banyak ketawa atau bergurau yang berlebihan kerana ianya akan mengeraskan hati kita.Janganlah memandang kepada perkara yang tidak disukai oleh Allah kerana ianya akan mengundang kemurkaan-Nya.Bersegeralah meninggalkan syahwat yang akan membinasakan kita.Mengikut syahwat hanya keseronakan sementara saja sedangkan kesengsaraannya akan berpanjangan.Dunia hari ini penuh dengan fitnah yang arusnya begitu deras sehingga sesiapa yang terjatuh kedalamnya sedikit sahaja yang selamat. Berpautlah kamu kepada para ulama yang solihin lagi bertaqwa kerana mereka adalah pewaris nabi yang merupakan penyelamat ummah.

Wahai kawan, terangilah hatimu dengan berfikiran yg baik terhadap apa yang telah ditakdir Allah kepadamu, jadilah hamba yang redha kepada-Nya.(saliha redha n sabar yer) Ketahuilah Allah Maha Baik, maka tidak Dia lakukan atas kita kecuali perkara yang baik2.Bersabarlah atas ujian yang diberikan,menangis kesedihan tidak bermakna tidak redha ketentuan-Nya.Jadikan ketaatan kepada-Nya adalah keutamaan.Gembiralah dengan nikmat-Nya dengan bersyukur kpd-Nya.Tetapkan hatimu dengan melihat semuanya daripada Allah, tiada kezaliman daripada-Nya hanya kerahmatan dan kemuliaan-Nya sahaja.Beruntunglah kamu kalau hati tunduk kepada-Nya.

Apabila hati kamu melihat semuanya daripada Allah, nescaya hatimu akan tenang dan cahaya hatimu akan terus bersinar,hidupkan hati dengan keazaman ingin melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan kemaksiatan, pecahkan nafsu dengan cahaya ketaatan sehingga berjaya merasai kelazatan dalam ibadat.Berusahalah bersungguh-sungguh dengan pergantungan yang kuat kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan jalan-Nya. Hulurlah tangan kepada Allah nescaya Allah akan menyambut kita dengan Kasih sayang yang melebihi kasih sayang makhluk kepada kita, kerana Dialah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.







Perhatikan Aib Dirimu Wahai Diri

Perhatikan aib dirimu wahai diri.. Cubalah satu malam sahaja engkau duduk, lalu ajaklah dirimu meneliti aib diri. Jika harini engkau disanjung, dihormati, disegani, disebut-sebut namamu kerana jasa, kebaikanmu. Ketahuilah, bukankah Allah yang menutup aib dirimu?.

Cubalah jika Allah buka segala kejahatanmu. Agak-agaknya di mana engkau akan meletakkan wajahmu?. Mahukah engkau terima segala pujian dengan senang hati sedangkan hakikatnya engkau wajar di keji?.

Tajamkanlah pandangan batinmu wahai diri. Duduk dan perhatikan setiap aib yang engkau ada. Apa aib mataku? Apa aib telingaku? Apa aib lidahku? Apa aib tanganku ? Apa aib kakiku? Apa aib perutku? Lebih dari itu... Apa aib batinku ? Apa aib jiwaku ? Apa aib ruhku? Sebulan penuh mata tidak menangis kerana Allah; mata apakah ini? Mata yang terpesona setiap kali melihat dunia? Mata yang memandang hina orang lain dan melihat dirnya lebih hebat dibanding dengan mereka ? Atas dasar apa?

Perhatikan telingamu. Engkau mendengar ghibah, fitnah, adu domba, dan perkataan-perkataan cela yang lain? Cermatilah wahai diri dengan saksama buat satu malam sahaja. Berapa kali engkau menyemak ayat-ayat Al-Quran dengan penuh khusyuk sehingga hatimu bergetar? Risiklah diri pada malam ini.

Anda mengaji minggu ini, bulan ini, bulan sebelumnya? Mungkin ada yang mengatakan tidak, dan menunda-nunda hingga bulan Ramadhan untuk melakukannya, menunggu hingga lupa tempat engkau meletakkan al-Quran. Mungkin juga ada yang menjawab YA, dan beruntunglah jika engkau termasuk salah satu di antara orang-orang yang dimuliakan Allah sehingga dapat membaca al Quran. Selanjutnya, apa hasil yang engkau petik dari bacaan itu? Berapa ayat yang membuatkanmu berhenti membaca lalu... air matamu mengalir kerana takut kepada ALlah? Berapakah ayat al Quran yang menggoncangkan hati engkau di saat menyemaknya? Jangan-jangan... engkau membaca dengan hati yang sibuk dengan hal-hal lain, sehingga engkau tidak memperhatikan apa yang diucapkan Allah kepadamu? 
Alhamdulillah selesai sudah tazkirah untuk hati yang telah lalai ini..
saliha..past is past,ambik ibrah dari KisahMu :-) sesungguhnya Allah telah menegurMu pada hari ini.. maka jadikan teguran halus itu sebagai peringatan untukmu berubah menggapai iman yang mantap.. aminn..
Rujukan: dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri,

0 comments:

Post a Comment