First Step 2 success..



<<Rasa takut dgn langkah pertama>>
*saliha keep it up.. u can do it!! everyone can do it*believe yourself!



Kali pertama kita mula blajar berjalan, pada ketika itu kita masih kecil lg utk mengingati kembali betapa susahnya langkahan pertama kita (nk jalan v betul, xse v senget kok tu, senget kok ni, dan xse v jatuh)

Mengikut sangkaan kita terhadap kanak2 yg kita lihat pd hari ini yg mana masih belajar utk berjalan, kita yakin bahawa perasaan mereka ketika itu begitu menakutkan dan menggerunkan. Tetapi mereka cuba juga utk berjalan, berusaha sedaya upaya utk melangkah dgn harapan supaya langkahan pertamanya itu menjadi langkahan yg stabil (tdk jatuh kok tu kok ni lg), tujuannya adalah supaya langkahan seterusnya menjadi kuat dan dpt meneruskan perjalanan yg lbh jauh mengikut sesuka hatinya.

Walaupun ianya menjadi langkahan pertama dalam kehidupan kita yg penuh dgn perasaan takut dan gerun, tetapi kita berusaha juga utk berjalan. Kenapa? Krn kita mengerti bahawa itu adalah masa depan kita dan juga kita tahu bahawa tangan yg besar kedua ibu bapa kita itu sentiasa mempertahankan pergerakan kita supaya xnak bagi kita terjatuh dan sebagainya. Mereka sentiasa mengawasi setiap langkahan kita sehinggalah kita mampu berjalan dgn diri kita sendiri.maka melangkah lah dan gapailah keyakinan untuk terus melangkah..

Apabila kita agak remaja sedikit, kita berasa hendak menunggang basikal pula, perasaan pertama ketika mana kita mula berusaha utk menstabilkan diri di atas basikal (supaya xnk bg terjatuh ke kiri dan ke kanan itu),rasanya agak susah juga. Walaupun kita rasa takut tersungkur yg menyebabkan kita rasa sakit tetapi kita ingin menunggangnya juga kan?, nk kecap juga perasaan gembira apabila kita dpt menunggang basikal dgn kaki kita sendiri. Yg pentingnya kita tahu bahawa kita masih lg ada ibu dan ayah kita yg sentiasa mengawasi kita dan kita juga tahu bahawa walaupun kita terjatuh dan tersungkur itu, sekurang2nya ia mendapat satu pengajaran bagi kita bahawa kita xakn menunggangnya dgn cara itu lg krn dgn cara itulah yg menyebabkan basikal kita jatuh tersungkur. Oleh yg demikian maka dpt juga kita menunggang basikal dgn baik akhirnya. Sejak dari kecil sehinggalah kita dewasa, kita semua masing2 pernah mengharungi dgn pelbagai ujian, rintangan dan pengajaran dlm kehidupan ini. Setengah ujian itu kita dpt menghadapinya dgn mudah, setengah ujian lagi kita menempuhinya dgn susah payah, ada yg membuatkan kita terluka, ada yg membuatkan tgn dan kaki kita terseliuh dan patah, tetapi kita dpt melepasi juga ujian itu dgn baik, ini krn dgn kedua tgn mak dan ayah kita lah yg sentiasa mengawasi dan mempertahan diri kita yg lemah ini, selain itu masyarakat sekeliling kita juga sentiasa memberi semangat utk kita.kerna kita tahu kita xboleh berputus asa..


Apabila kita telah meningkat usia dewasa, tamat pengajian, menempuh alam pekerjaan. Kita sudah pun cukup besar bagi ibu bapa utk mengawasi diri kita supaya xnk bg kita terjatuh lg. mungkin sudah tiba masanya utk kita berdiri diatas kaki kita sendiri (berdikari) dan terus berjalan dgn kdua kaki kita ini dgn stabil. Manakala ibu bapa pula hanya cukup sbg pemberi semangat utk kita sahaja.

Ketika masih kecil dahulu kita xde pengalaman dan kemampuan sgt jika nk bandingkan ketika kita sdh dewasa ini. Walaupun kita tidak berani utk menghadapi dgn pelbagai ujian itu, tetapi kita cuba beranikan diri juga utk melakukannya. Dgn itu kenapakah bila kita sdh meningkat usia dewasa kita menjadi tdk brani dgn langkahan pertama kita yg akn menjadi pengajaran bg kehidupan kita kelak??

Berapa ramai yg takut dgn “LANGKAH PERTAMA” nya. Mungkin disebabkn beberapa alasan yg berlaku demikian,antaranya:

Mungkin disebabkan ini adalah langkahan pertamanya dlm menuju alam pekerjaan.

Mungkin disebabkan ini adalah kerja (tugas) pertama dlm kehidupan.

Mungkin disebabkan dlm kehidupan kita sentiasa ada orang yg selalu menyokong dan menolong kita dlm setiap perkara.

Mungkin disebabkan kita tak pernah cuba melakukannya dgn diri sendiri.

Mungkin juga disebabkan kita rasa tajut dgn kesilapan yg akan berlaku nanti.

Atau mungkin disebabkan…hati kita yg mengarahkan supaya kita menjadi berasa takut.

Ya,,,betul ada yg mengatakan “LANGKAH PERTAMA” itu selalu buat hati kita rasa gerun dan takut mcm2, tetapi kita mampu palingkan (mengubah) hati kita supaya menjadi lbh berani iaitu dgn cara kita tanamkan dlm hati kita dgn sifat YAKIN pada diri sendiri seperti berikut:

1) mencari ilmu yg berkaitan dgn tugas yg telah diberikan kpd kita.

2)apabila ada perkara yg kita rasa keliru, terus bertanya kdp org yg bagi tugas itu kpd kita.

3)jgn takut dgn kesilapan, sentiasa igt bahawa setiap kesilapan itu menjadi satu pengajaran bagi kita.

4)sentiasa igt bahawa kalau kita xbuat pada hari ini, kita nk ambek pengalaman mai mano.

Langkah pertama itu mungkin agak susah, tetapi ia akn menjadikn langkahan yg akn memimpin kita menuju kejayaan pada masa hadapan kita. Seandainya kita tdk melangkah utk berjalan, bagaimana mungkin kita akn menuju kpd cita2 yg kita impikan??..
kuatkah hatiMu saliha dalam bumi Tarbiah ini.. teguhkan LangkahMu berdiri Meskipun diUji..
Ya Allah permudahkan lah segala UrusanKu dan sahabatKu,
meskipun saya sangat Takut namun Langkah pertama Harus dimulakan..
kerana Saya warisan Hawa..^_^
 
 
 Tanpa langkah pertama; tidak akan bertemu yang kedua.. Sekalipun sukar memulakannya; janganlah takut untuk mencubanya. 
  kepada kawan2 yang masih takot dan xpercaya diri serta tiada keyakinan.. macam tu laa apa yang saya rasa.maka percayalah itu adalah bisikan syaitan yang Mahu melemahkan kita.. topuplah hati kita dengan dakwah dan sirah perjuangan rosullulah dan berdampinglah dengan para pimpinan..  semoga  kita mendapat petunjuk.
sedang menghitung hari untuk bersama sahabat2 perjuangan menyumbang Bakti pada Universiti yang tercinta.. adik2 junior waiting 4 kakak senior yang xpernah jemu denganMu yang akan bersamaMu dan yang akan terus berdamping denganMu kerana kita ditakdirkan bertemu diBumi Usim.meskipun saya banyak kekurangan lagi tp insyaAllah kita sama2 back up2 yer.. see u dalam UsraH-ikhlas dari insan yang mencuba untuk meyuntik semangat dalam diri sendiri.heheee-

SEketuL Daging BerNAma HAti.




Edisi sambungan berikutnya, Alhamdulillah.. semoga apa yang saya coretkan dari blog sidiari kecil ini akan bermanfaat dan menjadi panduan suatu hari nanti untuk diri ini dan rakan2 saya…moga Allah merahmatinya.Ammeeenn..

10 sifat hati yang terpuji.<3

Semoga sifat ini akan menghiasi pribadi saya dan anda semua..mohonla dan berdoalah pada Allah agar kita dikurniakan sifat2 yang terpuji ini..

1) Taubat= menyesali maksiat y dilakukan,berhenti melakukan dan berazam tidak mengulangi maksiat itu lagi.

Firman Allah :sesungguhnya Allah mengasihi orang2 y selalu bertaubat.

2) Takut akan Allah= orang2 yang benar2 mengenali Allah adalah org y takot padanya.

Firman Allah : Hanya y takot kepada Allah dari hamba2nya ialah para ulama(org berilmu)

3) Zuhud=mencintai duniawi tapi tidak terpikat hati kepada kebendaan.

Rasulullah bersabda : Zuhudlah pada keduniaan nescaya kamu dikasihi pada Allah,dan zuhudlah apa y ada ditgn kamu nescaya orang akan mengasihi kamu.

4) Sabar= menahan diri dari marah atas sesuatu y tidak disukai

Firman Allah taala : bersabarlah kamu,kerana sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.

5) Mensyukuri Nikmat= memuji Allah di atas Nikmat yang diberikan.

Firman Allah taala: apa2 nikmat yang ada pada kamu adalah dari Allah

6) Ikhlas= melakukan sesuatu kebajikan dengan tujuan mendapat redha Allah

Firman Allah taala: Tidakkah mereka diperintahkan melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan padaNya

7) Tawakkal= Percaya pada Allah dan Yakin dengan Qada dan Qadarnya.

Firman Allah taala: kepada Allah hendaklah kamu bertawakal sekiranya kamu orang2 yang benar2 beriman

8) Kasih pada Allah Ta’ala= sesungguhnya orang y beriman adalah bersangat kasih sayangnya akan Allah.

Sabda Nabi: Kasihla kamu akan Allah kerana ia mengurniakan kamu dari nikmat2 nya.

9) Redha akan qada&qadar Allah= menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang terbuka

Firman Alllah taala: Allah redha terhadap mereke(org beriman) dan mereka pun meredhai terhadap Allah

10) Ingatkan mati=mengingati Mati adalah sifat terpuji.

Sabda nabi : Ziarahlah Kubur kerana ia boleh mengingatkan mati. (Saliha Amin)


Alhamdulillah selesai pembelajaran dan pembacaan saya… yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya. Semoga Muhasabaha dan teguran dari sahabat2 mampu menyedarkan saya dari kealpaan..insyaallah. mujahadah nafsu itu perlu untuk meningkatkan iman..wassalam. saliha Amin.









sebarKan Ilmumu..





“20 sifat hati yang keji dan terpuji”

Buku yang sangat simple tapi penuh bermanfaat… buku itu diterbitlkan oleh syarikat Jaffar Rawas ( Kelantan) saya mahu share pembacaan saya dalam blog ini supaya penulisan ini akan menegur diri saya disaat saya terleka dan alpa tentang kenapa Saya diciptakan? Waallahualam..

10 sifat hati yang Keji: mohon dijauhkan daripada hati dan diri saya, keluarga saya,kaum kerabat saya dan kawan2 saya ..Ya Allah!!!

1) Takabbur = membesarkan diri dan merasa megah dengan apa yang dimiliki.

Rosulllah bersabda : tidak akan masuk syurga orang yang ada didalam hatinya seberat timbangan biji sawi,sifat takkabur atau membesarkan diri”-riwayat Muslim

2) Hangsat dengki = mengharapkan supaya hilang nikmat dari orang lain

Rosullah bersabda : hangsat dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api memakan atau membinasakan kayu api.-riwayat Abu Daud.

3) Marah = emosi yang tidak stabil

Sabda nabi : sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia mahu bertindak ia boleh bertindak nescaya dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan Keimanan pada hari Kiamat.-riwayat Abu Daud

4) Bakhil dan Kasihkan Harta= kedekut

Nabi S.a.w bersabda: hendaklah kamu menjauhi sifat Bakhil dan kedekut, kerana sesungguhnya telah binasa orang2 sebelum kamu disebabkan Bakhil..

5) Cintakan kemegahan

Firman Allah taala: Kebahagiaan di negeri Akhirat itu kami sediakan bagi orang2 yang tidak hendakkan ketinggian di muka bumi dan x mahu berlakunya kerosakkan,akibat yang baik adalah bagi orang2 yang bertaqwa.-al-qasas:83

6) Cintakan Dunia= dimaksudkan dengan cintakan dunia disini ialah sesuatu yang tidak memberi manfaat selepas mati.

Sabda nabi: kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan-riwayat Al-Baihaqi

7) Ujub= mengkagumi diri sendiri dan mengangap diri lebih baik dati orang lain.

Ibnu Mas’ud berkata: kebinasaan itu berpunca dari dua perkara, iaitu, putus asa dari rahmat Allah dan merasakan diri lebih dari orang lain lalu memandang rendah padanaya.

8) Riak = memperlihatkan amalan kepada manusia bertujuan mahukan pujian,pangkat atau manfaat dengan amal ibadahnya.Riak dianamakan juga syirik kecil(tersembunyi)

Firman Allah taala : maka celakalah ahli2 sembahyang iaitu mereka yang Lalai dari menyempurnakan sembahyangnya iaitu mereka yang Riak.

9) Loba MAkan atau LAhap Makan

Tersebut dalam Arthar : anatara kamu y paling utama disisi Allah ialah yang selalu berlapar(berpuasa) dan banyak berfikir. Diantara kamu y dibenci Allah ialah setiap pemakan,yang banyak minum dan banyak tidur.

10) Banyak bercakap= bercakap benda yang sia2.

Sabda Nabi : siapa yang banyaj cakapnya, banyaklah tersalahnya, sesiapa yang banyak salahnya,banyaklah dosanya.maka sesiapa yang bnyak dosanya nerakalah y layak baginya.



*Alhamdulilllah selesai menaipnya..semoga memberi manfaat dan panduan dalam hidup saya..Aminn.. sesungguhnya manusia itu selalu melakukan kesilapan maka Taubatlah sebaik2 penyelesaianya.

 -to be continued..hehe. by: salihaAmin.:-)

RamadhanKu..



Salam Ramadhan buat semua Blogger..

Bulan ramadhan tahun ni sangat berbeza dngan tahun lepas.. semua adik beradik saya busy dan kami jarang dapat berkumpul untuk berbuka puasa bersama seperti tahun lepas kecuali hari minggu.. akak busy dengan kuliah manakala adik busy dengan kursus jahitan yang diamilnya before ke menara Gading so dorang semua kena stay Asrama n Kolej dan saya pulak baru je memulakan cuti semester.. then ,dapatlaa teman ummi berbuka puasa dekat rumah ni.. :-) 

Bulan Ramadhan ni best jugak sebab dapat praktis jadi Chef (chef dapur dekat rumah) kadang2 tu kol kawan2 bertanyakan resepi masakan mereka hari itu then kami bertukar2 resepi.. kadang2 tu bila dah rasa terlalu rajin mulalah saya mereka resepi ala2 resepi saliha Amin..gito!!! Alhamdulillah bab memasak sebenarnya tidak laah susah sebab sekarang kan da bnyak video2 masakan dalam you tube serta rancangan2 masakan dalam Tv yang boleh membantu saya improvekan diri dalam Masakan.. thank bebanyak dekat Aplikasi “Playstore”…kerna menyediakan aplikasi resepi masakan didalam tu.. just download n save jer dalam Tab then bila nak masak bukak n follow jer. Simple bukan??..saya sebenarnya bnyak menggunakan resepi dari internet dan aplikasi then just add n remove jer masa nk cipta resepi sendiri..Alhamdulillah semuanya menjadi. Bukan itu sahaja, Bila ummi masak dekat dapur saya berpeluang belajar memasak dengan ummi dan saya rasa hepi bila memasak. Teringat jer masa dekat asrama kolej, saya Tanya kawan saya kenapa dia suka sangat basuh baju setiap hari padahal perkidmatan dobi or mesin basuh disediakan dekat situ.. kawan saya cakap “sebab stress”.. dia cakap “ setiap kali stress dia akan basuh baju,then dia rasa hepi dan nikmat so stress sebab too much assignment and study dapat dikurangkan..”..

waahhh!! Bagusnya dia.. Tu cara dia.. sekarang saya faham perasaan dia.. apa yang saya rasa sekarang bila saya stress saya rasa nak memasak n memasak boleh mengurangkan stress saya because saya hepi bila memasak dan orang suka masakan saya.. saya juga,langsung tidak rasa penat coz bila kita buat perkara yang kita suka..kita rasa “enjoy” :-) meskipun hanya memasak maggi untuk kawan saya.. haha Maggi?? Sebut pasal maggi teringat semua kenangan bersama roommate tersayang saya.. saya selalu jer masak maggi untuk dia kadang2 saya share maggi dengan dia.. dia cukup sukakan maggi yang saya masak dia cakap sedaap.. roommate saya tu cakap maggi yang dimasak oleh saya sedap berbanding yang dia masak..jadi kalo bab masak maggi n buat air serah jer pada saya.. saya sangat hepi dirai kan begitu..alhamdulillah..:-) semoga mendapat keberkatan dalam setiap urusan didunia dan akhirat. Ya Allah perkukuhkanlaah ikatan antara saya dan sahabat2 perjuangan saya.. sesungguhnya saya sangat mencintai mereka kerana Engkau Ya Allah.. gembira bila mengenangkan kenangan bersama kawan2 sepanjang pengajian semester 1&2… semoga semester 3 mengeratkan lagi ukhwah kita..



p/s : salam Ramadhan to haziana, asiah,amani, nazirah, wan effah , pimpinan Jaksa 2013/2014 dan semua kawan2 saya… “ jihad kita baru bermula” wassalamm.. Short diary n moment!