<<Rasa takut dgn langkah pertama>>
*saliha keep it up.. u can do it!! everyone can do it*believe yourself!

Kali pertama kita mula blajar berjalan, pada ketika itu kita masih kecil lg utk mengingati kembali betapa susahnya langkahan pertama kita (nk jalan v betul, xse v senget kok tu, senget kok ni, dan xse v jatuh)
Mengikut sangkaan kita terhadap kanak2 yg kita lihat pd hari ini yg mana masih belajar utk berjalan, kita yakin bahawa perasaan mereka ketika itu begitu menakutkan dan menggerunkan. Tetapi mereka cuba juga utk berjalan, berusaha sedaya upaya utk melangkah dgn harapan supaya langkahan pertamanya itu menjadi langkahan yg stabil (tdk jatuh kok tu kok ni lg), tujuannya adalah supaya langkahan seterusnya menjadi kuat dan dpt meneruskan perjalanan yg lbh jauh mengikut sesuka hatinya.
Walaupun ianya menjadi langkahan pertama dalam kehidupan kita yg penuh dgn perasaan takut dan gerun, tetapi kita berusaha juga utk berjalan. Kenapa? Krn kita mengerti bahawa itu adalah masa depan kita dan juga kita tahu bahawa tangan yg besar kedua ibu bapa kita itu sentiasa mempertahankan pergerakan kita supaya xnak bagi kita terjatuh dan sebagainya. Mereka sentiasa mengawasi setiap langkahan kita sehinggalah kita mampu berjalan dgn diri kita sendiri.maka melangkah lah dan gapailah keyakinan untuk terus melangkah..
Apabila kita agak remaja sedikit, kita berasa hendak menunggang basikal pula, perasaan pertama ketika mana kita mula berusaha utk menstabilkan diri di atas basikal (supaya xnk bg terjatuh ke kiri dan ke kanan itu),rasanya agak susah juga. Walaupun kita rasa takut tersungkur yg menyebabkan kita rasa sakit tetapi kita ingin menunggangnya juga kan?, nk kecap juga perasaan gembira apabila kita dpt menunggang basikal dgn kaki kita sendiri. Yg pentingnya kita tahu bahawa kita masih lg ada ibu dan ayah kita yg sentiasa mengawasi kita dan kita juga tahu bahawa walaupun kita terjatuh dan tersungkur itu, sekurang2nya ia mendapat satu pengajaran bagi kita bahawa kita xakn menunggangnya dgn cara itu lg krn dgn cara itulah yg menyebabkan basikal kita jatuh tersungkur. Oleh yg demikian maka dpt juga kita menunggang basikal dgn baik akhirnya. Sejak dari kecil sehinggalah kita dewasa, kita semua masing2 pernah mengharungi dgn pelbagai ujian, rintangan dan pengajaran dlm kehidupan ini. Setengah ujian itu kita dpt menghadapinya dgn mudah, setengah ujian lagi kita menempuhinya dgn susah payah, ada yg membuatkan kita terluka, ada yg membuatkan tgn dan kaki kita terseliuh dan patah, tetapi kita dpt melepasi juga ujian itu dgn baik, ini krn dgn kedua tgn mak dan ayah kita lah yg sentiasa mengawasi dan mempertahan diri kita yg lemah ini, selain itu masyarakat sekeliling kita juga sentiasa memberi semangat utk kita.kerna kita tahu kita xboleh berputus asa..

Apabila kita telah meningkat usia dewasa, tamat pengajian, menempuh alam pekerjaan. Kita sudah pun cukup besar bagi ibu bapa utk mengawasi diri kita supaya xnk bg kita terjatuh lg. mungkin sudah tiba masanya utk kita berdiri diatas kaki kita sendiri (berdikari) dan terus berjalan dgn kdua kaki kita ini dgn stabil. Manakala ibu bapa pula hanya cukup sbg pemberi semangat utk kita sahaja.
Ketika masih kecil dahulu kita xde pengalaman dan kemampuan sgt jika nk bandingkan ketika kita sdh dewasa ini. Walaupun kita tidak berani utk menghadapi dgn pelbagai ujian itu, tetapi kita cuba beranikan diri juga utk melakukannya. Dgn itu kenapakah bila kita sdh meningkat usia dewasa kita menjadi tdk brani dgn langkahan pertama kita yg akn menjadi pengajaran bg kehidupan kita kelak??
Berapa ramai yg takut dgn “LANGKAH PERTAMA” nya. Mungkin disebabkn beberapa alasan yg berlaku demikian,antaranya:
Mungkin disebabkan ini adalah langkahan pertamanya dlm menuju alam pekerjaan.
Mungkin disebabkan ini adalah kerja (tugas) pertama dlm kehidupan.
Mungkin disebabkan dlm kehidupan kita sentiasa ada orang yg selalu menyokong dan menolong kita dlm setiap perkara.
Mungkin disebabkan kita tak pernah cuba melakukannya dgn diri sendiri.
Mungkin juga disebabkan kita rasa tajut dgn kesilapan yg akan berlaku nanti.
Atau mungkin disebabkan…hati kita yg mengarahkan supaya kita menjadi berasa takut.
Ya,,,betul ada yg mengatakan “LANGKAH PERTAMA” itu selalu buat hati kita rasa gerun dan takut mcm2, tetapi kita mampu palingkan (mengubah) hati kita supaya menjadi lbh berani iaitu dgn cara kita tanamkan dlm hati kita dgn sifat YAKIN pada diri sendiri seperti berikut:
1) mencari ilmu yg berkaitan dgn tugas yg telah diberikan kpd kita.
2)apabila ada perkara yg kita rasa keliru, terus bertanya kdp org yg bagi tugas itu kpd kita.
3)jgn takut dgn kesilapan, sentiasa igt bahawa setiap kesilapan itu menjadi satu pengajaran bagi kita.
4)sentiasa igt bahawa kalau kita xbuat pada hari ini, kita nk ambek pengalaman mai mano.
2)apabila ada perkara yg kita rasa keliru, terus bertanya kdp org yg bagi tugas itu kpd kita.
3)jgn takut dgn kesilapan, sentiasa igt bahawa setiap kesilapan itu menjadi satu pengajaran bagi kita.
4)sentiasa igt bahawa kalau kita xbuat pada hari ini, kita nk ambek pengalaman mai mano.
Langkah pertama itu mungkin agak susah, tetapi ia akn menjadikn langkahan yg akn memimpin kita menuju kejayaan pada masa hadapan kita. Seandainya kita tdk melangkah utk berjalan, bagaimana mungkin kita akn menuju kpd cita2 yg kita impikan??..
kuatkah hatiMu saliha dalam bumi Tarbiah ini.. teguhkan LangkahMu berdiri Meskipun diUji..
Ya Allah permudahkan lah segala UrusanKu dan sahabatKu,
meskipun saya sangat Takut namun Langkah pertama Harus dimulakan..
kerana Saya warisan Hawa..^_^
Tanpa langkah pertama; tidak akan bertemu yang kedua.. Sekalipun sukar memulakannya; janganlah takut untuk mencubanya.
kepada kawan2 yang masih takot dan xpercaya diri serta tiada keyakinan.. macam tu laa apa yang saya rasa.maka percayalah itu adalah bisikan syaitan yang Mahu melemahkan kita.. topuplah hati kita dengan dakwah dan sirah perjuangan rosullulah dan berdampinglah dengan para pimpinan.. semoga kita mendapat petunjuk.
sedang menghitung hari untuk bersama sahabat2 perjuangan menyumbang Bakti pada Universiti yang tercinta.. adik2 junior waiting 4 kakak senior yang xpernah jemu denganMu yang akan bersamaMu dan yang akan terus berdamping denganMu kerana kita ditakdirkan bertemu diBumi Usim.meskipun saya banyak kekurangan lagi tp insyaAllah kita sama2 back up2 yer.. see u dalam UsraH-ikhlas dari insan yang mencuba untuk meyuntik semangat dalam diri sendiri.heheee-






0 comments:
Post a Comment